CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 289|Reply: 0

[Kedah] Tokan dadah 'drive thru' ditahan

[Copy link]
Post time 21-1-2023 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Sungai Petani: Jual dadah secara pandu lalu (drive thru). Itu dilakukan tokan dadah bersama 'runner' apabila mereka dikesan menjual heroin serta syabu kepada penagih sekitar Kampung Benggali di sini, semalam.

Bagaimanapun, taktik tokan terbabit terbongkar apabila dia ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda yang menyerbu lokasi itu.

Pada Op Tapis Khas bermula 8 pagi itu, tokan itu ditahan ketika sedang membungkus dadah di kawasan semak.

Ketika ditahan, dia juga didapati berada dalam keadaan khayal kerana turut menghisap dadah dalam semak itu sementara menunggu runner mengambil pesanan pelanggan.

Pelanggan yang terdiri daripada penagih tegar dilihat masuk ke kawasan terbabit dengan menunggang motosikal sebelum memesan dadah daripada runner.

Pelanggan seterusnya beredar daripada lokasi selepas memperoleh bekalan heroin serta syabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abdul Rahman berkata, pada operasi itu, 18 lelaki terdiri daripada pengedar serta penagih dadah ditahan.

"Kami turut merampas heroin seberat 48.20 gram bernilai RM1,687. Siasatan mendapati, lokasi itu aktif dengan jual beli dadah daripada pagi hingga malam.

"Kedudukan lokasi yang jauh dari rumah penduduk kampung membuatkan pengedar serta penagih menjadikannya sebagai kawasan tetap untuk kegiatan jual beli dadah," katanya.

Anuar berkata, pihaknya juga menyerbu sebuah lagi lokasi di Taman Ria Jaya di sini, pada hari sama dan turut menahan 18 penagih yang sedang menunggu bekalan dadah.

"Pada serbuan itu, kami juga merampas heroin seberat 5.05 gram bernilai RM176.

"Kesemua suspek ditahan untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta sama," katanya.


SUSPEK ditahan polis. FOTO Izad Thaqif Hassan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hru-ditahan-metrotv

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.078485 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list