CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 462|Reply: 4

[Tempatan] Geran khas tahunan kepada Sarawak, Sabah dinaikkan daripada RM16 juta kepada RM300 juta

[Copy link]
Post time 20-1-2023 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Geran khas tahunan kepada Sarawak, Sabah dinaikkan

https://www.utusan.com.my/nasion ... ak-sabah-dinaikkan/

Oleh COWEN LINCH
20 Januari 2023, 3:06 pm


ANWAR Ibrahim (tengah) diapit oleh (dari kiri) Hajiji Noor, Abang Johari, Fadillah Yusof dan Armizan Mohd Ali dalam sidang akhbar mesyuarat jawatankuasa tindakan pelaksanaan MA63 peringkat tinggi di Kuching hari ini.

KUCHING: Kerajaan pusat bersetuju menaikkan geran khas tahunan yang akan diberikan kepada Sarawak, daripada RM16 juta kepada RM300 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bahawa peruntukan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, akan diagihkan berdasarkan formula yang dicadangkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada peringkat awal, katanya, Kerajaan Persekutuan akan meningkatkan pemberian kepada RM300 juta untuk Sarawak dan RM260 juta untuk Sabah.

“Formula itu munasabah dan perlu kerana status Sarawak dan Sabah, berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963, semasa menubuhkan Persekutuan Malaysia.

“Ini bukan perjanjian antara kedua-dua wilayah dan saya tetapi itulah yang termaktub dalam MA63,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tindakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) peringkat tinggi di Kompleks Dewan Undangan negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Abang Johari : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Hal Ehwal Sarawak dan Fungsi Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Berdasarkan formula itu, Anwar berkata, kerajaan persekutuan tidak seharusnya menetapkan jumlah yang ditetapkan tetapi berdasarkan formula yang dipersetujui dan prestasi kewangan negara.

“Jika negara berada dalam keadaan baik, peruntukan itu boleh melebihi jumlah itu (RM300 juta).  Tetapi, apabila ekonomi lembap seperti sekarang, kami tidak mampu untuk memberi lebih,” jelasnya.

Sementara itu, Abang Johari melahirkan rasa terima kasih kepada perdana menteri kerana menyelesaikan beberapa perkara tertunggak dalam MA63 dan memenuhi tuntutan Sarawak.

“Ini (mesyuarat) bukan tentang perbincangan (sekali lagi), ia tentang pelaksanaan,” katanya.

Hajiji juga berkata beliau yakin lebih banyak isu boleh diselesaikan di bawah kepimpinan Anwar. –UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Langkah MA63 ni nk kukuhkan cengkaman Bangnon terhadap Borneo ke nih?

Ini (mesyuarat) bukan tentang perbincangan (sekali lagi), ia tentang pelaksanaan,” katanya.

Hajiji juga berkata beliau yakin lebih banyak isu boleh diselesaikan di bawah kepimpinan Anwar. –UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 20-1-2023 03:24 PM
Langkah MA63 ni nk kukuhkan cengkaman Bangnon terhadap Borneo ke nih?

Ini (mesyuarat) bukan tentang ...

Kalau Bangnon nak kukuh cengkaman Borneo..Sabah/Swak yg kena bagi duit kat Putrajaya bukan sebaliknya..
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 04:54 PM | Show all posts
Nak buat negara pun kena bayar. Kelakar ka tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2023 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
tang setel duit royalti minyak kelantan buat senyap takde duit. pembesar negeri takde ma63 utk dibuat cagaran.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 0.083226 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list