CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jurutera rugi RM2.9 juta ditipu Macau Scam

[Copy link]
Post time 20-1-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode
Jurutera rugi RM2.9 juta ditipu Macau Scam


Oleh Audrey Dermawan - Januari 20, 2023 @ 11:07am  audreymd@nst.com.my




Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain ketika hadir pada program ‘Walkbout dan Advokasi Op Selamat di Pasar Awam Taman Selamat, Bukit Mertajam, pagi ini.




BUKIT MERTAJAM: Seorang jurutera kerugian RM2.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan Macau Scam baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mangsa berusia 45 tahun itu sebelum ini dihubungi seorang individu mendakwa dari syarikat kurier, memaklumkan ada bungkusan terlarang yang tiba pada 1 Disember lalu.

Katanya, pemanggil kemudiannya memberitahu mangsa terdapat MyKad dan kad mesin juruwang automatik (ATM) milik orang lain berada dalam bungkusan berkenaan.

"Individu itu juga memberitahu mangsa yang pihaknya akan membuat laporan polis serta menafikan beliau terlibat dalam kes berkenaan.

"Beberapa jam selepas itu, mangsa yang bekerja di Bayan Lepas menerima panggilan telefon daripada seorang lagi individu yang mengaku sebagai 'pegawai polis dari Kontinjen Perak' dan meminta mangsa mengikut arahan yang diberikan termasuk membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan atau berdepan dengan tindakan atas dakwaan terbabit dengan kegiatan jenayah.

"Selepas menerima panggilan itu, mangsa terus memindahkan wangnya ke 26 akaun berbeza melalui perbankan dalam talian dan secara deposit tunai. Mangsa membuat tindakan itu kerana panik dan memindahkan wang simpanannya sebanyak RM1.9 juta.

"Dia juga membuat pinjaman sebanyak RM700,000 daripada keluarga dan rakan-rakannya serta membuat pinjaman bank berjumlah RM300,000 dan memindahkan wang berkenaan ke akaun yang diberikan," katanya kepada media membuat tinjauan di Pasar Taman Selamat sempena Tahun Baharu Cina, hari ini.

Mohd Shuhaily berkata, secara keseluruhannya, mangsa membuat sebanyak 129 transaksi antara 1 Disember hingga 6 Januari lalu.

Katanya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas memaklumkan perkara itu kepada rakannya sebelum membuat laporan polis semalam.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.072680 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list