GEORGE TOWN – Perantau di Pulau Pinang memilih pulang ke kampung halaman lebih awal semalam iaitu sehari sebelum cuti sekolah sempena sambutan Tahun Baharu Cina selama lima hari bermula hari ini.
Tinjauan di laluan keluar Jambatan Pulau Pinang dari Batu Uban ke Perai pada tengah hari semalam mendapati berlaku pertambahan kenderaan.
Jumlah kenderaan semakin meningkat pada pukul 5 petang selepas waktu pejabat.
Gambar Hiasan
Seorang anak perantau dari Ipoh, Perak, Juliana Romzi, 41, berkata, dia memohon cuti setengah hari semalam daripada majikan kerana enggan berdepan kesesakan lalu lintas.
“Pulang ke kampung lebih awal memang tak kalut. Jika saya dan suami sahaja tidak mengapa, ini dengan empat anak-anak kami yang masih kecil.
“Macam-macam ragam dibuat mereka sepanjang menempuh kesesakan,” katanya semalam.
Seorang lagi pekerja swasta, Aidil Abdullah, 39, berkata, dia akan memastikan tempoh pergerakan pulang ke kampung halaman di Negeri Sembilan seawal pukul 3 petang semalam.
“Saya perlu menunggu anak-anak pulang dari sekolah terlebih dahulu dan akan keluar dari rumah sebelum pukul 3 petang. Jika terlewat setengah jam atau sejam, memang kena redah kesesakan lebuh raya.
“Daripada tempuh perjalanan biasa selama hampir enam jam, nanti akan berlarutan sehingga tujuh atau lapan jam. Satu perkara yang amat perit,” ujarnya. -CARI
Post time 20-1-2023 09:14 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Wahai perantau2 di kota..pulanglah ke desa berhari raya..ayah serta bonda mengharapkan kepulanganmu di hari bahgia...lalala
X naya ke sapa yg balik semalam? Byk kete atas jalan ambik anak2 kat asrama. Yg dua tiga anak sekolah lain2 daerah/negeri tu memang habis masa kat jalan la semalam.
Hai Selamat Hari Raya kami semua ucapkan Menikmati hidangan yang kami sediakan..sila jamu selera dengan bermacam hidangan pilih yang mana suka sila janganlah segan...
Post time 20-1-2023 10:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
iman_kasih replied at 20-1-2023 09:14 AM
Wahai perantau2 di kota..pulanglah ke desa berhari raya..ayah serta bonda mengharapkan kepulanganmu ...
Anak iols dah balik semalam.
Naikkan bas chattered je dari sekolah.
Terus sampai pit stop. Si ayah tunggu kat sana
Lega tak kuase nak meredah highway dgn jammed nya
Post time 20-1-2023 11:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Highway plus ni kan..dari Jawi nak ke Juru Hala ke utara direct jem melekat xtau kenapa..padahal xdak apa pun kat depan tu..nk boleh lepas exit ke 2nd bridge tu addoiii la..
yang selalu buat jem tu pasal road hog je selalunya..kemain slow kat lorong kanan. jarak kereta dia dgn kereta depan macam lautan hindi.. pastu yang kanan slow, sibuk masuk kiri..yang kiri sibuk nak masuk kanan, kereta belakang slow, brek2..yang terpaling belakang berhenti terus.
Post time 20-1-2023 12:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I aman aman jah di rumah melayan porem, netflix, tv, sambil plan nak bagi apa untuk uncle sebelah rumah ni. Last year time CNY I bagi sekut, kopi dengan buah. Esok lusa ni tengah fikir fikir lagi.
Tak larat nak rempuh jem. Biarlah tunggu cuti sekolah bulan depan, berbaloi nak hadap jem sebab cutinya lebih lama.
Post time 20-1-2023 12:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
asudau replied at 20-1-2023 12:31 PM
weekend ni kl kosong tak ataupun ramai mat-mat bangla posing depan KLCC
Stp tahun ms CNY mmg ramai bangla sume bertenggek kt klcc,jln silang etc
It shows mmg ekonomi negara ni cina yg pegang
Sbb bila CNY, semua katup bisnes/kilang/kedai etc sbb busy nk raya
So ms ni la pekerja2 sume bleh merayap sana sini