View: 2186|Reply: 28
|
Dalam Proses Bercerai Dengan Suami Penganggur, Ibu Muda Tergamak Tekup Bantal Dan Cekik Anak Sampai Mati
[Copy link]
|
|
Sepang: Seorang ibu muda tergamak menekup dan mencekik anak lelakinya berusia setahun enam bulan hingga mati.
Suspek berusia 20 tahun itu bagaimanapun ditahan bersama teman lelakinya di sebuah kondominium di Cyberjaya di sini, pada 12 Januari lalu.
Difahamkan, suspek bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta sedang dalam proses perceraian selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suaminya seorang penganggur.
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata dalam keterangan awal suspek mendakwa kononnya mangsa terjatuh dari sofa sebelum dihantar ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan.
"Sekitar jam 11.30 pagi doktor hospital itu menerima seorang pesakit kanak-kanak lelaki yang dihantar oleh ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Hasil pemeriksaan awal, doktor itu mendapati ada pendarahan di kedua-dua belah anak mata yang berkemungkinan disebabkan kesan penderaan dan pesakit berada dalam keadaan kritikal," katanya tadi.
Wan Kamarul berkata, pihaknya menerima laporan daripada pasukan perubatan Hospital Cyberjaya Ahad lalu, selepas kanak-kanak malang itu meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan.
Sejurus menerima laporan, polis cuba menghubungi kembali ibu mangsa yang juga suspek utama, namun gagal malah wanita itu juga tiada di alamat kediaman diberikan.
"Hasil maklumat risikan, polis menyerbu sebuah rumah flat di Putra Perdana, Dengkil dan menahan suspek sekitar jam 12.15 pagi pada 16 Januari. Suaminya turut ditahan pada hari sama," katanya.
Hasil soal siasat suspek mengaku menekup muka mangsa menggunakan bantal semasa anaknya sedang tidur kerana mengalami tekanan perasaan akibat masalah rumah tangga serta keluarga.
"Bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada mangsa di bahagian pipi, gusi, dahi dan belakang pelipat kaki kanan.
"Terdapat juga kesan calar di pipi kiri serta lebam di leher dipercayai akibat dicekik.
"unca kematian disebabkan asfiksia ataupun kekurangan oksigen dipercayai berpunca dari tindakan ibu mangsa menekup muka mangsa," ujarnya.
Katanya, suami suspek yang berusia 20 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis kerana dipercayai tidak terlibat berikutan tiada di lokasi semasa kejadian berlaku.
"Teman lelaki suspek yang juga seorang pelajar kolej berusia 21 tahun bagaimanapun tidak mengaku terlibat.
"Dia hanya hadir ke rumah yang dijadikan rumah inap berkenaan untuk bermalam dengan suspek dan semasa kejadian lelaki berkenaan telah beredar," katanya.
Beliau berkata, suspek dan teman lelakinya direman tujuh hari bermula 16 Januari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (membunuh). -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
6bulan? haduh.. kesiannya baby tu... awat jd cmtu... nk kata meroyan, boleh lak mengesek ngan bf... smoga baby tu ditempatkn d syurga allah |
|
|
|
|
|
|
|
setahun 6 bulan kan?
dlm nk bercerai, siap duk umah bopren.. dunia dunia |
|
|
|
|
|
|
|
setahun 6 bulan tu dah besar. bg je la kat org. kenapa nk bunuh?
sekali lg menangis ari ni. td sbb kisah kasih ibu kucing.. ni sbb dajal nya ibu kandung manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingatkan jadi dekat luar negara |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingatkan jadi dekat luar negara |
|
|
|
|
|
|
|
Org lain kawen dia pun nak kawen hujung2 berselingkuh dah le laki takde kojo.. sian pun ada.. ni melayu ke inida nih? |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP: Org lain kawen dia pun nak kaw ...
Iols syak Melayu sbb putra perdana tu ramai Melayu. Kawen pun muda sangat, tak puas berselingkoh yg haram lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Setahun 6 bulan budak tu dah didera...kalau besar sikit lagi tak tau la aku. Ko tertipu ke dik yg ko leh handle kawin umur muda. Tak semua mampu dik oi. |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 19-1-2023 03:48 PM
Org lain kawen dia pun nak kawen hujung2 berselingkuh dah le laki takde kojo.. sian pun ada.. ni mel ...
Terpaksa kahwin kot....
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak setahun 6 bulan. Kwen baru 2 tahun. Igt kwen ni mcm dlm filem sonok bercinta aja. Tu la apsal la bdk2 skrg cepat sgt nak berkomitmen. Dulu2 bila bercinta msg2 tak sabar nak pagil daddy mammy kan |
|
|
|
|
|
|
|
dia ingat baby tu mcm anak patung, bila dah jemu main boleh campak merata.
Tapi tak heran pun, gen skrg beria nak kawen muda tapi komitmen haprak. Dulu bagi sewa kat young couples camni, gaduh kemain ganas sampai hancur pintu2 kat rumah. lepas tu yg jantan main tinggal jer bini tak balik2 , last2 acik ni pulak bini dia call suruh call laki dia balik. tak koserr aku.
rumah rasanya tak pernah cuci dari masuk. Last2 lari mlm
|
|
|
|
|
|
|
|
Good for the toddler. Aiols happy for him/her. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pasal2 bf bljr plak lagi tu masuk lokap sekali. mesti parents bf tu merempan, ko buat apa skendel dgn bini org hanatttttt.spender pun kami beli lagi.
yg pompuan ni pun, dah laki tak keje ko stress. ko pergi cari bf bdk bljr lagi, kot celah mana la kaya. duit ada pun cukup makan dia je.
ujung2 ko bunuh anak sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa setahun 6 bln
Mak kahwin xsampai 2 tahun…hurmmmm… |
|
|
|
|
|
|
|
dia ingat dr tu bodoh ke untuk percaya history hidup2 , tapi dr tu patutnya thn ibu bapa tu dgn buat alasan consent ke,review history diperlukan , at least ibu tu tunggu.
ni non accidental injury. |
|
|
|
|
|
|
|
mdmy replied at 19-1-2023 04:56 PM
dia ingat baby tu mcm anak patung, bila dah jemu main boleh campak merata.
Tapi tak heran pun, g ...
Tu la kaka md...time suh belajar tanak..nak cecepar kwen..proses hidup ni ada peringkat..time study tu buat bebetul...patu dah keje dah matang sket baru la fikir nak kwen.
Kesian pulak tuan rumah kene settlekan hal umahtga org. Dorg ni asalkan boleh je kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|