CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 6

Sumareh Jadikan TMJ Idola, Tapi Dibalas "Jangan Bodek Saya!"

[Copy link]
Post time 19-1-2023 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Budaya membodek dalam pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sebenarnya tidak berapa menjadi terutama jika mahu terus kekal bersama barisan pemain skuad Harimau Selatan itu.


Malah, limpahan individu berkualiti dan hebat dalam pasukan terbabit menyebabkan semua pemain perlu berusaha keras bagi memastikan nama mereka terus menjadi pilihan untuk beraksi bersama skuad utama.


Situasi terbabit ditekankan pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang memberikan kata-kata 'pedas' kepada pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh.




Foto: Harian Metro




Menerusi satu hantaran video di Instagram JDT, Sumareh menyatakan TMJ adalah idolanya dalam bola sepak.


Namun, dibalas dengan kata-kata supaya pemain berkenaan berhenti membodek beliau dan fokus kepada persembahannya.


"Jangan bodek saya kerana saya akan tetap kenakan awak nanti," katanya dalam satu ruangan komen di Instagram Johor Southern Tiger.


Sebelum ini, Tunku Ismail terkenal dengan ketegasan terhadap pemain terutama dalam memastikan anak buahnya sentiasa berada dalam keadaan terbaik untuk memastikan kelab terus mencipta kejayaan.


Untuk rekod, Sumareh hanya beraksi sebanyak 12 perlawanan dalam kesemua pertandingan dan mencatatkan dua gol dan dua bantuan gol pada musim lalu.


Skuad Harimau Selatan kini dalam fasa latihan bagi persediaan untuk menghadapi siri perlawanan persahabatan pra musim menjelang musim baharu ini. -CARI


Sumber: harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 02:53 PM | Show all posts
idola? tmj terror main bola ke? pemain team mane?
mmg nampak nau ko membodek
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
TMJ penah sepak tiang koner
Sampai tergolek
Bukan tiang yang tergolek ye

Maap sekadar iklan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
apsal nak membodek sampai gitu sekali.
Rasa2 bakal kena tendang ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 03:16 PM | Show all posts
HAHAHAHAHA. elok lah tu dua-dua pun level IQ sama
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 04:17 PM | Show all posts
she replied at 19-1-2023 03:03 PM
TMJ penah sepak tiang koner
Sampai tergolek
Bukan tiang yang tergolek ye

terhibur dgn iklan ni

bukan tiang yg tergolek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2023 04:25 PM | Show all posts
Sekadar paparan ..buat renungan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:03 PM GMT+8 , Processed in 0.984135 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list