View: 3037|Reply: 51
|
Ramai Bengang Pelajar Sibuk Study Dalam Mcdonald's, Siap Marah Budak-Budak Sebab Tak Nak Bising
[Copy link]
|
|
Tular luahan seorang pengguna di Facebook yang berdepan dengan kumpulan pelajar 'berkampung' di sebuah restoran McDonald's yang tidak dinyatakan lokasi.
Menerusi hantarannya di grup B40 Buat Perangai Apa Harini, lelaki ini berasa kurang senang apabila ada pelajar yang meminta pelanggan di situ tidak buat bising kerana mereka sedang mengulang kaji pelajaran.
Gambar Hiasan
“Seriously, saya tak boleh 'hadam' dengan sesetengah pelajar universiti yang ulangkaji dekat McDonald's.
“Saya dah kena beberapa hari lepas. Masuk saja McD, ada sekumpulan pelajar pulun study. Memang tak menjadi kesalahan ulangkaji di situ, tapi agak-agaklah.
“McD tempat orang makan. Jadi kalau budak-budak buat bising tu standardlah. Ni jeling-jeling marah dekat budak-budak konon sebab bising,” katanya.
Tegas lelaki ini, kafe atau restoran makanan segera merupakan tempat khas untuk urusan jual beli makanan dan bukanlah tempat mengulangkaji pelajaran.
Justeru, sudah pasti orang awam yang mahu makan di kedai atau restoran tidak menyukai sikap kumpulan pelajar yang menjadikan premis berkenaan sebagai 'port' melepak sambil belajar.
“Restoran menjalankan perniagaan makan bukan bisnes untuk ulang kaji. Orang ramai tidak suka pelajar ‘tempah’ tempat duduk selama lebih dari sejam.
“Tempat duduk tu ditujukan untuk pelanggan yang mahu menjamu selera. Kalau ada students ‘kaki McD’ sini baca, mohon ada common sense ya.
Di ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan pandangan pemuda tersebut bahawa restoran bukanlah tempat sesuai untuk mengulang kaji pelajaran.
Dalam pada itu, beberapa netizen turut menceritakan pengalaman berdepan situasi hampir sama dan turut berasa kurang senang melihat golongan ini.
“Saya sebagai orang tua nampak gelagat budak-budak universiti di McD ni sangat menjolok mata dengan gelagat dan pergaulan bebas mereka.
“Belajar dekat McD tak juga pandai-pandai. Miskin adab dan sikap saja jadinya. Duit habis tapi tetap b*d*h. Kau belajar kat McD orang bising-bising kau diam saja.
“Kalau saya tengah lepak dengan member-member, lepas tu group yang tengah study suruh diam, lagi kuat kami sembang gelak-gelak. Kedai makan kot. Bukan tanah kubur nak senyap sunyi,” demikian antara komen netizen di Facebook.
Dalam pada itu, ada yang meminta pihak pengurusan restoran untuk bertegas dan mengeluarkan peraturan agar tidak membenarkan para pelajar mengulang kaji pelajaran untuk tempoh yang lama. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
generasi cheapo bastard. gi la study kat starbucks nun. tak mampu? |
|
|
|
|
|
|
|
cafe kat uni² tu dah boleh la tukar ke restoren mcd je la... cafe banyak² pun 2dent ni tetap dtg mcd |
|
|
|
|
|
|
|
mengarut la study kt mekdi ni
ye ye oooo je masuk apa yg study dgn bising bunyi mcm2 tu
pastu siap muka berkerut2 konon kusyuk sgt study
poyo je la p la study kt library uni masing2
sibuk nk study mekdi pastu org bising jeling2 pehallllllllllll |
|
|
|
|
|
|
|
biasa yg lepak mcD ni.. yg nak discussion.. bukan study sorang2.. klau study sorang2 nk senyap.. baik kau gi library.. aman damai sane.. lagi healin kau gi study kat masjid.. pon sunyi situh..
Kalau diskas.. mmg biasa lepak kedai makan.. cafe.. sbb nk bercakap.. tapi klau aku.. discussion kt McD.. ramai orang.. distracted jugak.. sbb meja sebelah pon ada orang tgh makan dgn anak2 dia dok tengok kau.. tak aman jugak..
aman kalau diskas kat kafe kolej.. bukan time makan.. meja sblh2 kosong.. group kau conquer 3 meja.. setel |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa cafe or mcd ni dah boleh start guna rules. bagi limit 2-3 meja aje kat diaorg ni, pastu letak kat sudut paling jauh dan dalam...padan muka diaorg. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah habis study pastu menganggur tak pon jadik food rider dek sumpahan pekerja Mekdi... ekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Poyo aje buat discussion + study kt mcd.
Kat fakulti takde tempat ke nak lepak?
Ke sbb korang nak air cond ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Miskin papa kedana sebenarnya, sbb takde Internet kat rumah. Kalau adapun, slow ass mcm siput babi bawak lebih muatan.
Kalau aku pegi situ dgn anak aku takde tmpt nak duduk, sambil bwk makanan tu keluar, aku akan ckp kuat2 : Ecah nanti dah besar, dah masuk U, study hard tau. Sbb kalau tak study hard, nanti Ecah kena duduk Mekdi lama2 sbb nak pakai Internet. Yelah, no money nak bayar Internet unlimited. Gaji pun di tangga paling bawah |
|
|
|
|
|
|
|
ayukpingu replied at 19-1-2023 11:41 AM
aku rasa cafe or mcd ni dah boleh start guna rules. bagi limit 2-3 meja aje kat diaorg ni, pastu let ...
Jauh kat mana sis? Kat jalan raya sis? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin nak biasakan diri, kalau fail nanti boleh keja mcd, dah tau kat mana sinki, kat mana tong sampah |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau study sensorang memang tak lulus exam ke?
Lemahnya anak2 sekarang study nak kena ada orang meneman
Nak jawapan cepat
Kita2 ni dulu
Study sensorang bertemankan lagu
Geloraaaa melandaaaa adalah dendam muuu
Setelahhh diriku tak mampu menjadi milik muuu
Sepenuhnyaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa mekdi biarkan saja tempat mereka tu jadi pusat study ye? Kenapa tak halau je bebudak tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
selalu pegi fast food kul 745-8mlm
masa tu selalunya lengang
so tak jumpa lagi budak2 lepak buat kerja sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
imransulaiman replied at 19-1-2023 12:13 PM
Kenapa mekdi biarkan saja tempat mereka tu jadi pusat study ye? Kenapa tak halau je bebudak tu??
Gila kau nak halau sis? tak pasal2 viral jatuh business sis oiiii…. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 19-1-2023 12:14 PM
Gila kau nak halau sis? tak pasal2 viral jatuh business sis oiiii….
Tu lah! Kenapa tak boleh halau? Ada polisi khas ke tak boleh halau? |
|
|
|
|
|
|
|
no way i'm turning back
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak study dalam kedai makan, pernah juga tegur group yang bising sangat. Dah la dinding kaca, kalau bising dia jadi gema bising yang penuh kat telinga.
Selain bebudak study jangan nak bukak territory korang pulak, orang makan pun kene berhemah, bising sangat pun, ganggu orang lain nak makan. Datang situ nak makan bukan dengar luahan perasaan orang. Nak sembang, sembang la tapi tak yah sembang dgn satu kedai.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|