CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4442|Reply: 100

Ibu Bapa M40 Paling Terharu, Kali Pertama Anak- Anak Dapat Bantuan Awal Persekolahan RM150 Seorang

[Copy link]
Post time 19-1-2023 09:00 AM | Show all posts |Read mode
GEORGE TOWN – Golongan ibu bapa daripada kategori M40 di negeri ini antara individu yang paling terharu apabila buat pertama kalinya anak-anak mereka menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang.


Rata-rata dalam kalangan mereka meluahkan kelegaan dan keterujaan sebaik menerima bantuan tanpa syarat atau kela­yakan gaji minimum ibu bapa.


Seorang pekerja swasta, Suhaida Sarif, 41, berkata, dia menarik nafas lega apabila tiga anaknya layak menerima ban­tuan tersebut sekali gus membantu meringankan bebanan kewangan yang ditanggung ketika ini.




Foto: Kosmo




Akuinya, bantuan persekolahan untuk semua kategori terutama untuk isi rumah kategori M40 sememangnya sudah lama dinanti-nantikan.


“Kos sara hidup yang semakin meningkat membuatkan kami suami isteri turut terkena tempias meskipun jumlah tangga gaji sebanyak RM10,000 sebulan.


“Kami masih menanggung hutang bank selain terpaksa membiayai yuran tuisyen anak, bas sekolah, pengasuh sehingga kepada kos makanan harian sepanjang bulan. Pemberian BAP dapat meringankan beban untuk membeli buku dan peralatan serta pakaian sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Seorang akauntan di sebuah syarikat swasta, Roslinda Hamid, 41, pula berkata, bantuan itu membuatkannya hilang segala kekusutan di kepala sebaik empat anaknya juga layak menerima BAP tahun ini.


“Sudah lama tunggu peluang keemasan ini. Meskipun berada di kategori M40, tetapi kami juga antara yang terpalit dengan krisis bebanan kewangan ketika ini.


“Kami sudah hilang perasaan malu dan hanya mengharapkan wang BAP untuk membeli pakai­an baharu sekolah anak tahun ini. Ketika ini, anak-anak masih menggunakan kasut dan pakaian sekolah yang lama,” jelasnya.


Di Kuala Terengganu, pemberian BAP kepada semua murid dan pelajar tanpa mengira pendapatan penjaga dianggap pendekatan terbaik kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup ketika ini.


Seorang ibu, Nor Azimah Bakar, 36, berkata, sebelum ini, tiga anaknya tidak pernah layak menerima BAP ekoran pendapatan melebihi RM3,000 sebulan.


“Walaupun saya berpendapatan bulanan RM3,200, hakikatnya hanya saya seorang yang bekerja menanggung keluarga kerana suami telah terlantar sakit sejak empat tahun lalu.


“Pemberian BAP sebanyak RM150 seorang ini sekurang-kurangnya mengurangkan beban saya untuk menyediakan kelengkapan sekolah untuk tiga anak berusia lapan hingga 12 tahun,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Seorang lagi ibu, Nurul Syidah Mat Yasin, 37, pula berkata, pemberian BAP pada awal tahun sebelum sesi persekolahan baharu bermula amat membantu ke­luarga besarnya.


“Suami saya cuma bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM1,000 sebulan. Memang terpaksa ‘pecah tabung’ juga sebelum ini untuk melengkapkan persiapan sekolah enam anak.


“Sebelum ini, kami kena dahulukan duit kerana BAP diterima sesudah sesi persekolahan bermula. Syukur tahun ini terima awal dan amaunnya juga bertambah RM50 seorang,” katanya.


Di Klang, BAP amat ditunggu oleh ibu bapa seterusnya memberikan kegembiraan terutama kepada anak-anak untuk memulakan alam persekolahan semula.


Seorang tukang sapu, Sairudin Khairi Abdullah, 38, berkata, ini juga menunjukkan kesungguhan kerajaan membantu golongan B40 yang cukup terkesan dengan kos sara hidup ketika ini


Sairudin berkata, pendapatan bulanan tidak tinggi dengan wang tersebut mampu digunakan bagi pembelian kelengkapan persekolahan anak tunggalnya, Mohd. Hisham, 13.


“Beberapa pasang baju sekolah anak lusuh, namun saya tidak mampu untuk membeli yang baharu akibat kekangan kewangan.


“Selebihnya duit bantuan itu saya akan simpan untuk kegunaan anak pada masa akan datang,” katanya.


Seorang kerani swasta, Zulkhairi Hisham Sidek, 39, berkata, bantuan itu akan digunakan sebagai wang saku harian persekolahan anaknya.


Ujarnya, pakaian serta kelengkapan persekolahan dua orang anaknya masih lagi dalam ke­adaan baik.


“Sekarang ini harga makan di kantin di sekolah anak saya pun boleh dikatakan agak mahal. Jadi, saya harap anak dapat gunakan duit bantuan ini se­baiknya,” katanya. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Me too.. first time dapat. Nak terus masuk dalam akaun tabung haji anak i.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 09:10 AM | Show all posts
aku jugaaaa... alhamdulillah.. walau RM150 tu kalau dikira2 memang tak mencukupi utk persediaan persekolahan.. tapi banyak membantu. Dah dapat bantuan untuk anak darjah 3 thn depan... Ada 4 anak bersekolah.. inshaAllah dapat meringankan beban sikit2..

Yang dah lama bersekolah mungkin takat nak tambah2 aje.. tapi si adik baru masuk tahun 1 .. ha.. dia yg belanja besar.. syukur alhamdulillah dapat bantuan.. tak pernah merasa apa2 bantuan selama ni.. jaman2 aku B40 dulu.. takde pulak segala bentuk bantuan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 09:44 AM | Show all posts
maybe setiap bulan kena letak 1 sampul utk belanja anak2 sekolah sorang satu for the next year. RM20 pun takpa. setahun dah dapat 240. Tudung selai pun lagi mahal drpd RM20 kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Stoplah bagi duit macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 10:00 AM | Show all posts
aku xdpt pun lg. cikgu kelas pon xde maklum apa2 lg berkenaan bantuan ni. ade ke yg masih xdpt mcm aku ye kat sini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2023 11:09 AM | Show all posts
thank u to PMX...walaupun iols x perlu sgt compared to others, still happy to receive it. boleh la beli uniform 2 pasang
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 11:29 AM | Show all posts
alhamdulillah, anak jusa B yang gaji puluh2 ribu pun dapat juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku la tu hihi alhamdulilah mmg akn digunakan utk beli keperluan sekolah anak
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 11:40 AM | Show all posts
black_handbag replied at 19-1-2023 10:00 AM
aku xdpt pun lg. cikgu kelas pon xde maklum apa2 lg berkenaan bantuan ni. ade ke yg masih xdpt mcm a ...

Anak sekolah kat Beranang, Selangor ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini kali aku x minta bantuan dr gomen..nk bg kt 'orng kaya miskin' pulok minta.Aku..dh biasa miskin...xde rasa apa2- Miskin hina.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Gomen dh bg terima je la dengan hati terbuka
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:00 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 19-1-2023 09:46 AM
Stoplah bagi duit macam ni.

elok la jgk...asik menteri korap je dapat..rakyat dpt bape sen je ponnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
ya. suka hati tgk anak2 M40 dpt duit smlm.
tk pernah dpt kan. senyum2 je. dia org pun tau hargai duit ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:09 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 19-1-2023 11:29 AM
alhamdulillah, anak jusa B yang gaji puluh2 ribu pun dapat juga


biasanya yg dah jusa ni kertu dah, dkt2 pencen gitu
cucu pun dah ada, berapa kerat la yg masih ada anak sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dapat sebelum cuti cny ni harap guna utk barang anak la.

karang ada yang gi holiday guna duit tu. nanti naik darjah bulan 3, duit takde.

bulan 4 ada baju raya pulak, baju sekolah anak kuning dan singkat.

ada species gini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2023 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana nak amik duit tu. Sekolah anak iols sekolah swasta. Dpt jugak ke erk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 19-1-2023 11:48 AM
Gomen dh bg terima je la dengan hati terbuka

Kan.. tak bagi salah, bagi salah. Ambik je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah utk yg dpt tu. Org bagi kita ambik. Undi tetap rahsia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2023 01:26 PM | Show all posts
Mayonis2020 replied at 19-1-2023 04:39 AM
Mana nak amik duit tu. Sekolah anak iols sekolah swasta. Dpt jugak ke erk.

Private schools tak dapat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:15 AM GMT+8 , Processed in 0.176643 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list