CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Pulau Pinang] Wabak ASF- Kaedah tanam bangkai lebih efisien

[Copy link]
Post time 18-1-2023 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Wabak ASF- Kaedah tanam bangkai lebih efisien

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI18 Januari 2023 03:28pm






Chow Kon Yeow




GEORGETOWN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menggunakan kaedah penanaman bangkai babi yang dijangkiti Demam Babi Afrika (ASF) berbanding pembakaran kerana jumlahnya terlalu banyak.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, susulan daripada itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk penyediaan tanah yang sesuai bagi kerja penanaman bangkai haiwan terbabit.

Menurutnya, tanah-tanah milik perbadanan itu yang masih belum dibangunkan akan digunakan untuk tujuan tersebut.

"Kita menggunakan kaedah penanaman bangkai babi berbanding pembakaran kerana jumlah yang hendak dilupuskan terlalu banyak selain saiz bangkai yang besar. Oleh demikian, kita bersama PDC akan mencari tanah yang belum dibangunkan dan belum sedia dijual milik agensi tersebut untuk tujuan berkenaan.

"Lokasi penanaman bangkai babi itu juga jauh daripada penempatan penduduk bagi mengurangkan impak terhadap orang ramai," katanya pada sidang akhbar di Auditorium F di Komtar pada Rabu.

Pada Selasa, penularan kes ASFdi negeri ini semakin meruncing apabila empat buah ladang lagi disahkan dijangkiti wabak terbabit menjadikan jumlah keseluruhan adalah 11 buah.

Empat ladang tersebut adalah dua di Seberang Perai Tengah (SPT) dan dua di Seberang Perai Selatan (SPS).

Sehingga kini, lebih 4,000 ekor babi yang dijangkiti telah dilupuskan oleh JPV melibatkan tiga buah ladang.




Pemusnahan babi itu dilakukan menggunakan kaedah gas CO2 (Kepekatan Tinggi) yang mengikut garis panduan Kod Amalan Kebajikan Haiwan - Pengurusan Pembuangan Haiwan.

Beliau berkata dengan kaedah penanaman, ia diharapkan kurangkan impak kepada alam sekitar.

"Sekiranya orang awam ternampak ada pegawai JPV yang memakai pakaian peralatan pelindung diri (PPE) di tepi jalan, jangan risau, mereka hanya menjalankan kerja penanaman (bangkai babi).

"Sementara itu, bekalan babi untuk kegunaan penduduk di Pulau Pinang masih mencukupi walaupun penularan ASF di negeri ini semakin meruncing.

"Walaupun Pulau Pinang antara pengeksport babi, memang ada terjejas sikit kerana tidak boleh bawa babi keluar, tetapi untuk kegunaan tempatan masih cukup," katanya.

Jumaat lalu, Pulau Pinang mengisytiharkan wabak ASF sebagai 'bencana' selepas lebih 25,000 babi dijangkiti ASF dan setakat ini 11 buah ladang dikesan positif wabak berkenaan.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.102565 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list