CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3443|Reply: 33

10 Peguam Wakili Siti Bainun Menarik Diri, Alasannya Tak Ada Masa

[Copy link]
Post time 16-1-2023 01:03 PM | Show all posts |Read mode
10 peguam wakili Siti Bainun tarik diri, doa justic for Bbella didengari Allah. Pasti ramai yang mengikuti kisah penderaan melibatkan seorang gadis kurang upaya, adik Bella yang mengalami kecederaan teruk hingga kesan parut jelas kelihatan di kebanyakan badannya.


Bermula dari menumpang kasih di rumah kebajikan, Rumah Bonda yang ditubuhkan pengasasnya, Siti Bainun Ahd  Razali, perjalanan kisah gadis sindrom down ini dipenuhi kesedihan bahkan tragik kerana pernah Bella diberi makan 20 biji cili padi selama beberapa kali seminggu oleh tertuduh.










Dari saksi yang dipanggil bagi kes ini, diberitakan tubuh kurus adik Bella pernah menggelupur disimbah air panas di mana OKT, Siti Bainun menggunakan cawan Ikea dan saat melihat anak kecil ini mengelupur, tertuduh dilihat berasa gembira.


Menjijikkan, Bella dipaksa makan najis sendiri dan saat Bella enggan, luka-luka di tubuhnya akan dicurah cuka kalau enggan melakukan perbuatan kotor itu.


Kisah penderaan adik Bella ini turut mendapat perhatian utama negara termasuk bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rina Harun yang turut menerima tempias kerana dilihat kurang prihatin tentang isu ini.


Kisah penderaan yang dialami adik Bella turut mendapat perhatian dari Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam. Bahkan pasangan Di Raja ini berasa pelik hingga tertanya-tanya siapakah Siti Bainun sehingga dirinya diwakili 10 peguam kerana ia sesuatu yang luar biasa.










Tunku Ismail turut menjemput barisan pejuang Ngo yang banyak membantu adik Bella ke Istana dan memberikan komitmen akan  menghantar peguam pemerhati untuk kes luar biasa ini.


Dan hari ini, hari pertama OKT dipanggil membela diri. Namun dilaporkan di mahkamah sebentar tadi, kesemua 10 orang peguam yang mewakili Siti Bainun dilaporkan telah menarik diri dari mewakilinya sekaligus mengakibatkan prosiding tergendala.


Hal ini dikongsikan oleh Ngo, Puan Mona Din di fbnya sebentar tadi selain ia turut dikongsikan oleh Aliff Ahmad yang bersama-sama berjuang mempertahankan adik Bella.








Dari sedikit perkongsiannya, difahamkan 10 peguam probono yang mewakili Siti Bainun menarik diri atas alasan tiada masa lapang dan ia pastinya sesuatu yang mengejutkan kerana sebelum ini dapat dilihat mereka yang membela adik Bella dan barisan peguam “bertikam lidah” di media sosial masing-masing.





Walau ia dilihat “kemenangan pertama” buat adik Bella namun perbicaraan ini mungkin mengambil masa lebih panjang kerana tertuduh pasti ingin melantik peguam baru dan prosiding kes hari ini juga tergendala. -CARI


Sumber: Mingguan Wanita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 01:05 PM | Show all posts
Asiah kepam pun tarik diri ke?
Pung pang pung pang konon tau cerita sebenar, hujung2 tak jadi ke nak defend bainun?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 01:24 PM | Show all posts
dulu beriakan, dah skrg korang tarik diri pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 01:25 PM | Show all posts
buying time?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Barangkali sibuk dengan komitmen menari.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti strategy nk lambt2 kan masa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul. Strategy je ni. Nnti delay2 lagi utk dpt kan lawyer baru, then lawyer baru nak study case lagi.
Sementelaah itu, si Benon babi akan menjadi gemuk dan gemuk lagi, sehingga beliau meletop seperti belon
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
..bagi reason tak ada masa, tapi menari² update kat socmed ada masa laa pulak.. pening² pening² kapala kuu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 02:21 PM | Show all posts
belajar dari peguam najib
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:21 PM | Show all posts
dah kurus belum
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:28 PM | Show all posts
Mungkin bagi masa utk loyer buruk si hafidzah tu belajar cara2 pakai eyeliner agar tidak bersepah gamaknyer yer
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:33 PM | Show all posts
Moga keadilan menyebelahi adik bella.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 16-1-2023 02:36 PM
sufi^_^ replied at 16-1-2023 01:05 PM
Asiah kepam pun tarik diri ke?
Pung pang pung pang konon tau cerita sebenar, hujung2 tak jadi ke nak ...


Td lalu kat feed...si kepam ni kata kes benon baru set tarikh baru masa 10 Oct tah..kes jenayah yg dia kene handle dpt tahu pada 3 Oct. So dia kene dahulu kan la appoimen yg dia dpt dulu  wakakak..patu up status appoimen dia utk beberapa tempoh nak justify kan yg dia mmg busy m xde masa utk benon. Dia ni kalau citer hal2 membela anak guam hebat mcm dah jad loyar 20 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnt lps ni kes zahid pun lawyer tarik diri
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 04:31 PM | Show all posts
Namanya pun peguam probono, depa dah dapat exposure dan buang masa depa je nak teruskan.. time is money untuk lawyer2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan kemenangnan.

Ini storagi terancang.

Babi lah benun Dan 10 ekor loyar ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti dapat 10 loyer baru
Lepas 6 bulan
Tarik diri berjemaah

Pastu tangguh lagi dan lagi
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hapoo..nama pon amik kes pro-bono. Misti la keutamaan kt clients bbayo. Xdan blah je lar. Gitoh acik porum bukan loyar komen.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
peguam low class buat kerja x habis. xde maruah ke.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Buying time belajar dari tokjib.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061291 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list