CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 762|Reply: 11

[Tempatan] Jangan beli arnab untuk sambut Tahun Arnab, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

[Copy link]
Post time 15-1-2023 07:53 PM | Show all posts |Read mode
Jangan beli arnab untuk sambut Tahun Arnab – CAP

https://www.utusan.com.my/nasion ... ut-tahun-arnab-cap/

Oleh AMREE AHMAD
15 Januari 2023, 4:54 pm


TAHUN Baharu Cina 4721 disambut 22 Januari ini merupakan giliran zodiak arnab

PUTRAJAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan masyarakat agar tidak cuba membeli arnab hidup bagi meraikan kedatangan sambutan Tahun Arnab Air.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, tindakan itu dijangka menyebabkan haiwan comel tersebut tidak dipedulikan selepas beberapa bulan dibela kerana kos amat tinggi.

“Mungkin ramai beli konon rai Tahun Baharu Cina sempena zodiak arnab, tetapi selepas perayaan itu binatang ini akan dibuang terabai begitu sahaja,” katanya melalui kenyataan.

Justeru sebagai alternatif terbaik, CAP ujarnya menyarankan pengguna terutama komuniti Tionghua supaya membeli patung berimej haiwan itu yang disifatkan lebih bertanggungjawab kerana harganya juga lebih murah dan pengguna tidak perlu memikirkan kos selenggara atau bahan makanan.

Tahun Baharu Cina 4721 disambut 22 Januari ini merupakan giliran zodiak arnab dengan tema air dan kali terakhir haiwan itu diraikan pada 2011 yang ketika itu bertemakan emas.

Binatang keempat dalam horoskop 12 haiwan kepercayaan Cina; yang telah bermula hampir 2,700 tahun Sebelum Masihi itu, akan berkitar semula untuk tema air selang 60 tahun.

Mengulas lanjut, Mohideen menjangka trend pembelian arnab hidup melonjak kerana ada ingin ‘tuah’ haiwan itu berdasarkan ramai selebriti terkenal dilahirkan pada tahun tersebut.

Antaranya ialah tokoh saintis ternama dunia, Albert Einstein; legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan serta bintang bola sepak, David Beckham dan Lionel Messi.

“Walau bagaimanapun CAP bimbang ramai pekedai haiwan jinak dan premis niaga dalam talian akan lebih aktif mempromosikan arnab untuk melariskan jualan mereka,” jelasnya.

Peniaga terbabit kelazimannya akan memberikan banyak maklumat salah dan memujuk ibu bapa membeli binatang itu sebagai ‘teman’ untuk anak kecil yang tidak tahu apa-apa.

Sebahagian besar penjual itu didapati langsung tiada pengetahuan mengenai cara betul penjagaan sebenar arnab dengan cuma dikurung dalam sangkar besi sebagai kandangnya.

Sedangkan, haiwan itu seperti juga kucing dan anjing sepatutnya dilepaskan bebas aktif di kawasan berumput malahan ada jadual pemakanan berkala yang agak ketat serta leceh.

Berdasarkan data dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar, dianggarkan 94,377 ekor arnab diternak secara komersial di seluruh negara tahun lalu berbanding 93,115 ekor pada 2021.

Selangor kekal muncul sebagai negeri yang paling banyak ternakan haiwan tersebut iaitu 20,535 ekor diikuti Kedah dengan 13,152 ekor, Terengganu (12,001) dan Pahang (9,890).

Hanya Perlis dan Sabah yang didapati tiada penternakan arnab manakala hampir kesemua binatang comel itu dijual di pasaran untuk dijadikan bahan makanan di restoran eksotik. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
jangan nasihat je, kecam terus pembeli2 haiwan peliharaan nih. beli sbb hobi sbb tu tak peduli kebajikan haiwan. dah sakit tak malu pulak mintak duit orang lain tlg bantu kos rawatan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang pelihara2 pet pastu abaikan, semoga rezeki ko sempit, hidup kau sengsara
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 08:22 PM | Show all posts
masa kecik2 dulu. ntah kenapa bela sepasang arnab putih. ntah macam mana membiak2 macam ayam. campur ngan baka bulu kembang/berwarna/telinga kelepet/telinga kecik, lagi lah meriah colorful membiak2 berpuluh2, boleh la kata 40-60 eko kot..

masa tu ada 3 pokok mangga besar tak pernah henti buah, rezeki dorang dapat makan buah selalu. kalau rajin, ambil kangkung liar kat parit belah2 kampung sikit bagi arnab. makan ruji memang pallet dedak dia tu la.

kenangan best, dorang gali lubang, beranak dalam tu. kita mark lubang tu, sampai masa, anak2 baru akan jenguk2 keluar, main2 area lubang tu... so kita kena seluk tangan dalam lubang, tangkap simpan dalam reban sebelum kucing ngap.. banyak juga kucing ngap, tak dapat kejar, dengar je la jeritan babies tu sampai putus nafas.. kucing rumah pun tak berani buat onar sebab takut arnab banyak..

yang moden tak nak gali lubang, sedia kan kotak gelap kalau dia dah mula cabut2 bulu buat bedding untuk bakal babies baru dia..

gado2 sampai berdarah rebut betina sana sini, keliaran rumah jiran sana sini, anjing liar pun dah mark rumah ni kot ada arnab keluar, taik dia buat baja... dah lama tu, mati bersambung sambungan ntah sebab apa, kalau tak sebab salah makan, mungkin penyakit..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
I rindu arnab2 i .. dah arwah kesemuanya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 09:35 PM | Show all posts
kucing + tikus = arnab

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2023 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ular beli ular?
Tahun babi bela babi?
Kalau tahun naga nak cari naga kat mana?

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 15-1-2023 09:38 PM
Tahun ular beli ular?
Tahun babi bela babi?
Kalau tahun naga nak cari naga kat mana?

Sekadar cadangan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2023 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 15-1-2023 10:33 PM
Sekadar cadangan

Nasib baik takde tahun bewak. Sebab bewak rambut hitam banyak sangat.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 10:49 PM | Show all posts
blue_blur replied at 15-1-2023 08:22 PM
masa kecik2 dulu. ntah kenapa bela sepasang arnab putih. ntah macam mana membiak2 macam ayam. campur ...

arnab kalau make love dia teruk betul bergegar sangkar. yup setuju. anjing suka kokak arnab. sebab tu sangkar arnab wajib dua layer minimum. kalau x anjing tu buka pintu dia kokak gigit bunuh.

dulu ada arnab mati kena kokak anjing. anjing tu dh mati kena langgar kereta sebab lintas xtekan tiang traffic light.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Arnab ni dia membiak kurang sikit dari tikus je. Sedar sedar dah banyak tak boleh jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
imthegirl replied at 15-1-2023 02:56 PM
Arnab ni dia membiak kurang sikit dari tikus je. Sedar sedar dah banyak tak boleh jaga.

Kalau ada arnab mestii ada ular akan dtg mencari makanan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.063438 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list