CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 34597|Reply: 61

[Tempatan] Video berdangdut di Bachok, wow mantop!

[Copy link]
Post time 28-8-2024 12:03 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 28-8-2024 11:31 AM

Menurutnya, video ini masih tular dan dia telah menelefon dan mengarahkan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok agar membuat siasatan segera berkait video yang sedang tular dan disyaki berlaku di Bachok.



Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah menuntut penjelasan pengendali halaman Facebook Amran Fans berkenaan tujuan dan niat sebenar mereka memuat naik semula rakaman video hiburan tanpa lesen yang berlaku lebih setahun lalu.

Ini kerana katanya, video persembahan tersebut memberikan gambaran kurang baik kepada penduduk Bachok dan penguat kuasa Majlis Bachok seolah-olah membenarkan persembahan kurang senonoh oleh penyanyi wanita secara terbuka di depan khalayak tanpa sebarang lesen dan permit hiburan.

"Sedangkan persembahan wanita sedemikian sudah lama tidak dianjurkan oleh mana-mana pihak bahkan penyanyi wanita tersebut juga sudah lama tidak aktif dalam persembahan sedemikian dan sudah berhijrah ke arah yang lebih baik," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semakan mendapati video tersebut memaparkan seorang wanita berpakaian baju kurung dan bertudung sedang bernyanyi dikir barat sambil menari seperti penyanyi dangdut yang turut disertai dua individu lelaki.

Video berdurasi selama 29 saat itu dimuat naik di Facebook Amran Fans semalam, dengan kapsyen 'Bachok, USA' dan mendapat reaksi lebih 5,000 pelbagai tanda emoji dan hampir 500 perkongsian dengan tontonan lebih 500,000 kali.

Berdasarkan rakaman kejadian itu di program persembahan dikir barat yang diadakan di hadapan rumah penduduk, bagaimanapun persembahan itu diiringi muzik moden.

Hilmi yang juga Adun Guchil berkata dia menyedari mengenai perkara itu pagi tadi selepas menerima panggilan dan mesej orang ramai yang memohon penjelasan mengenai rakaman video berkenaan.

"Hasil semakan segera didapati rakaman persembahan tersebut telah berlaku lebih setahun dahulu dan dimuat naik semula oleh Amran Fans yang mempunyai jumlah pengikut seramai 361,000 orang.

"Kebanyakan komen pembaca dalam posting tersebut menggambarkan bahawa hiburan tanpa permit tersebut baru berlaku semalam," katanya.

Tambahnya, penganjuran hiburan tersebut jelas bertentangan dengan Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan Negeri Kelantan 1998 dan menyalahi Garis Panduan Kawalan Hiburan 2003 dan pekeliling negeri Bil 4/2003 dan boleh dikenakan hukuman di bawah enakmen sama.

"Saya juga memohon kerjasama semua agar membuat laporan dan menyalurkan maklumat segera sam ada kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai penganjuran pesta-pesta hiburan yang dibuat secara haram tanpa lesen dan permit hiburan yang sah di Kelantan," kata Hilmi.


Malaysiakini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2024 08:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampun guwe ingat yg baju kurung itu transgender ruponya betino tulen..gelek2 pinggul smbil menayang bentuk punqok ..geli dowhh
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
"Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti itu untuk bersama dalam kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim."

https://m.malaysiakini.com/news/717220

melopong walanon2 terkejut ada pelawaan nak ajak pas, yg digelar khawarij dan mesti diperangi oleh pihak ph, utk bercemolot bersama2 dgn kerajaan madani pimpinan anwar ibrahim

mungkin cemolot politik ni boleh jadi atau juga tak jadi

kalau jadi pun takpe.. walanon2 melopong kejap je dan seperti biasa, politikus2 bermain politik bercemolot sesama sendiri manakala pentaksub2 politik terus menjilat2 politikus2 pujaan mereka dgn perasaan taksub tersemat rapi di dada
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols dlu follow jugak meran fans tapi lepas mmg jelas n terang dia penjilat bangnon yakni walanon, iols unfollow jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 28-8-2024 02:20 AM
Iols dlu follow jugak meran fans tapi lepas mmg jelas n terang dia penjilat bangnon yakni walanon, i ...

Kalau uols nk tau sejarah meran fans ni asalnye diorg ni cyberbully sorg netizen nama amran. Pastu gi stalk plak si amran tu gi curi gambar ic si amran tu buat profile picture troll page amran fans tu. Amran ni kene cyberbully sebab katanya macai bn terpaling setia la kononnya. Si amran ni penah gak beberapa kali report kt fb mintak turunkan page tu sbb guna nama dan gambar die tapi tak berjaya. Hujung-hujung si amran ni yg menghilang mungkin sebab malu kot muka dah famous 1 malaysia. Iols tak pasti admin meran fans ni adalah sama dgn admin yg troll si amran tu tapi camtu la meols dok perati page amran @ meran fans ni mcm page budak2 keje troll orang je sbnrnye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2024 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 28-8-2024 02:50 AM
Kalau uols nk tau sejarah meran fans ni asalnye diorg ni cyberbully sorg netizen nama amran. Pastu ...

Cyberbully apanya. Budak Amran tu dah bg consent utk guna nama & muka dia. Sama juga mcm Rani Kulop.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 28-8-2024 01:10 AM
"Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti ...

Klu PAS join kerajaan, dah tak boleh la geng2 walaun nak gelar planta etc kat PMX. DAP dah x jadi harbi, jadi zimmi la lepas tu kahkahkah. Selamat menjilat kembali ludah masing2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Jijik nya perangai pakai baju kurung cerah tp bergelek camtu...

Keliling dia plak semua jantan berkerak, kurus, pendek.... aiyohhhh... genetik bangsa apa tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 28-8-2024 01:10 AM
"Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mengakui terdapat usaha daripada pihak tertentu yang mempelawa parti ...

Takkan abang besar Dap bagi kut. Dah selamat jadi kerajaan pun. Wayang jer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa zaman iols kecik2 bila kita tak suka org, kita tonggek bontot mcm tu lah tp sejak geng2 nusaroyot berbondong2 naik tongkang dtg sini, tonggek bontot ni dah jd simbol seks pulak

Pendek kata sedara @nusaraya pembawa pengaruh negatif kat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Apoo replied at 28-8-2024 03:36 AM
Cyberbully apanya. Budak Amran tu dah bg consent utk guna nama & muka dia. Sama juga mcm Rani Kulo ...

Takde maknenye die kasi consent uols kalau tak takkanla smpi skrang dia senyap terus. Yg uols baca tu mesti blog2 cyberbully mana ntah kan cuba nak justify perangai buli diorg. Kisah ni iols ingat lg ye sebab iols hidup di zaman tu. Mcm rani kulup die mmg selebriti masuk2 tv apa suma. Mcm si amran ni cuma cybertroopers bn je masa tu. Lgpun cer uols fikir kalau amran ni mmg btul kasi consent baik dia sendiri pun amek kesempatan utk jadi internet celebrity mcm rani kulop tu ha tp ni terus hilang.
Ha lepas ni jgn plak nk cyberbully aku curik gambar aku plak pasni
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:38 AM | Show all posts
green~tea replied at 27-8-2024 11:44 PM
Jijik nya perangai pakai baju kurung cerah tp bergelek camtu...

Keliling dia plak semua jantan ber ...

Wait aku sambung.

Kurus
Berkerak
Pendek
Busuk
Kepam
Wajib pakai topi
Probability 0.9999 bawak sling bag kecuali waktu berjoget ni
Mesti bawak waja/wira buruk modify ekzos mengaum
Tak de kerja tetap
Dan benda paling kena highlight: SENGKEK
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:40 AM | Show all posts
Orang kalau dapat pasangan hidup macam ni rasa2 tenang ke rumahtangga?

Anak2 terjamin ke pendidikan & kesejahteraan dorang eh?

Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:45 AM | Show all posts
xpe la , janji bertundung

kata lobai lobainita
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 28-8-2024 08:49 AM
sufi^_^ replied at 28-8-2024 08:38 AM
Wait aku sambung.

Kurus


Silap2 mendadih syabu2... dia start ngn air ketum dulu... sbb tu kurus melidi cenggitu.. nampak busuk

P/s : kagum aku dgn listing ko... 99% tepat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 08:49 AM | Show all posts
Tak kisah la video dah setahun ke, sepuluh tahun ke, cuma nak cakap, gelinya tengok cara deyols berhibur haha
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 28-8-2024 08:40 AM
Orang kalau dapat pasangan hidup macam ni rasa2 tenang ke rumahtangga?

Anak2 terjamin ke pendidikan ...

Aku baru nak komen... spesis jantan tak buleh dibuat laki
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang pikir ore sane semua maksum2 kew? Yg nk imej maksum ala serombi tu parti .. bukan hakikat. Hakikat sebenar majoriti suker hiburan. Lain la ostat setazah kentot faraj! Tu level lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2024 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
harga barang makin mahal
harga diri makin murah - acik pesbuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-10-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.347036 second(s), 41 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list