CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2980|Reply: 29

[Dunia] Pesawat Yeti Airlines Terhempas, Sekurang-kurangnya 40 Orang Maut

  [Copy link]
Post time 15-1-2023 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by LoveSungmin at 15-1-2023 06:05 PM

Pesawat bawa 72 orang terhempas di Nepal, sekurang-kurang 40 maut
Januari 15, 2023 @ 3:16pm

KATHMANDU: Sekurang-kurang 40 mangsa terkorban apabila sebuah pesawat membawa seramai 72 orang meliputi 15 warga asing, terhempas di Pokhara, hari ini, dalam nahas udara disifatkan terburuk sejak hampir lima tahun lalu di Nepal.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) giat dijalankan. Cuaca adalah baik," kata jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal, Jagannath Niroula.

Stesen televisyen tempatan menyiarkan rakaman menunjukkan kepulan asap tebal dengan ratusan anggota bertungkus lumus melaksanakan operasi SAR di lokasi kejadian sekitar lereng bukit, manakala orang ramai dilihat turut berkumpul di kawasan bangkai kapal terbang itu. Sebahagian tapak di mana pesawat itu terhempas juga dilihat hangus dijilat api.

"Pesawat itu terbakar," kata pegawai polis, Ajay KC sambil memaklumkan anggota SAR berdepan kesukaran untuk sampai ke lokasi kejadian dalam gaung antara dua bukit yang terletak berdekatan lapangan terbang bandar pelancongan berkenaan.

Menurut pihak berkuasa penerbangan dalam satu kenyataan, pesawat itu menghubungi lapangan terbang dari Seti Gorge pada jam 10.50 pagi sebelum terhempas.

Seorang penduduk tempatan, Arun Tamu memberitahu Reuters, beliau sampai ke lokasi kejadian beberapa minit selepas kapal terbang itu terhempas.

"Sebahagian daripada pesawat itu berada di lereng bukit, manakala sebahagian lagi terhempas ke dalam gaung di Sungai Seti," katanya.

Insiden berlaku ketika pesawat dengan enjin berkembar, ATR 72 kendalian Yeti Airlines, berlepas dari Kathmandu dengan membawa 72 orang termasuk dua bayi dan empat kru, kata jurucakap syarikat penerbangan Nepal itu, Sudarshan Bartaula.

Seorang pegawai lapangan terbang Nepal pula memaklumkan, seramai 15 warga asing turut berada dalam kapal terbang berkenaan membabitkan lima warga India, Russia (empat), Korea Selatan (dua) dan Ireland, Australia, Perancis serta Argentina (masing-masing seorang).

Perdana Menteri Nepal, Pushpa Kamal Dahal, mengadakan mesyuarat kecemasan Kabinet susulan tragedi itu, menurut satu kenyataan kerajaan.

Ia adalah kemalangan maut udara paling buruk selepas tragedi pada Mac 2018 membabitkan sebuah pesawat dari Dhaka terhempas ketika mendarat di Kathmandu sehingga mengorbankan 51 daripada 71 orang dalam kapal terbang itu, menurut Aviation Safety Network (ASN) - perkhidmatan yang menyediakan maklumat berhubung isu keselamatan dan kemalangan pesawat.

Menurut laman sesawang penjejakan penerbangan, FlightRadar24, pesawat terbabit dalam tragedi hari ini berusia 15 tahun.

ATR72 merupakan pesawat 'turboprop' enjin berkembar yang dikeluarkan hasil usaha sama Airbus dengan Leonardo dari Itali. Yeti Airlines memiliki enam kapal terbang ATR72-500, menurut laman sesawangnya.

Sejak 2000, sekurang-kurang 309 mangsa dilaporkan terkorban dalam nahas kapal terbang atau helikopter di Nepal - negara yang mempunyai lapan daripada 14 gunung tertinggi di dunia, termasuk Everest - berikutan ancaman keadaan cuacanya yang boleh berubah secara tiba-tiba. - REUTERS

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2023 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah buat keluarga mangsa terlibat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 07:33 PM | Show all posts
berkecai hancur
teruk keadaan pesawat
takziah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasyatnye tepi gaung cmtu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
sana tgh winter kan.. atr72 ni senag sangat ais berkumpul kat sayap. dulu byk sgt kes. lepas tu yg moden ni dh upgrade tp still senang kena jgk. yg ni dah la flt penuh, kapal berat
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 07:56 PM | Show all posts
Radzor replied at 15-1-2023 07:39 PM
sana tgh winter kan.. atr72 ni senag sangat ais berkumpul kat sayap. dulu byk sgt kes. lepas tu yg m ...

Byk jugak dgr kes fatal ATR-72 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2023 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah Nepal dan juga ahli keluarga yang terlibat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Scary nya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2023 08:49 PM | Show all posts
ni bukan airport atas bukit tu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga.. pesawat tu nak pi dari mana ke mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokhara tu starting point ke annapurna base camp (ABC). Antara trail yg popular untuk hiking. Hiking groups kat msia pun rajin buat trip ABC tapi biasanya naik land transport (van/jeep) dari kathmandu ke pokhara. Airport yg dikatakan paling bahaya kat nepal tu airport lukla, starting point ke everest base camp.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 15-1-2023 08:54 PM
Takziah kpd keluarga.. pesawat tu nak pi dari mana ke mana?

En route dr Kathmandu ke Pokhara. Crash while landing.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat mendiang Aretha Franklin takut naik kapal terbang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah..tacod
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 15-1-2023 10:25 PM
En route dr Kathmandu ke Pokhara. Crash while landing.

Iols tau kathmandu jahh.. hat nama2 lain2 tuh, mmg iols tak kenai langsung.. nepal cantik byk gunung ganang tapi makanan deme ni mcm makanan india.. dok sebelah menyebelah agaknya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2023 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 16-1-2023 12:44 AM
Iols tau kathmandu jahh.. hat nama2 lain2 tuh, mmg iols tak kenai langsung.. nepal cantik byk gunu ...

Ya sis. Iols tau ramai ke sana sbb nk panjat mt.everest ja Tgk documentary nepal ni kerap gempa bumi. Mcm Christchurch tu. Tectonic plates dia aktif (iols lupa scientific explanation dia mcm mna) antara dangerous places to live katanyeehhhhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 07:35 AM | Show all posts
salam takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 07:40 AM | Show all posts
salam takziah utk keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2023 07:53 AM | Show all posts
takziah..semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075570 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list