CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2781|Reply: 0

Karamjit tinggalkan jentera PROTON beralih ke Myvi

[Copy link]
Post time 15-1-2023 05:25 PM | Show all posts |Read mode

Pelumba rali negara, Karamjit Singh (kiri) dan pembantu pemandu, Jagdev Singh menjulang Piala MNRC 2022 di atas kereta PROTON Gen 2 berusia 15 tahun di Sepang, hari ini. - Foto BERNAMA

SEPANG: Pelumba rali negara, Karamjit Singh bakal beralih menggunakan PERODUA Myvi bagi menghadapi musim baharu Kejuaraan Rali MNRC 2023, meninggalkan jentera PROTON yang sentiasa menjadi pilihannya sebelum ini.

Pemandu berusia 60 tahun itu berkata, meskipun hatinya berat tetapi keputusan menggunakan Myvi yang dikenali sebagai 'King' di bibir pengguna kereta Malaysia harus dibuat untuk 'mengubah angin'.

"Saya sebenarnya peminat PROTON. Dari 1988 dan sehingga sekarang memang saya memandu PROTON tapi sayangnya kami tidak menerima sokongan daripada PROTON. Saya daripada 2017, membeli dan membelanjakan lebih RM500,000 wang sendiri (untuk mengubahsuai kereta Gen 2) sehingga terpaksa keluarkan semua duit persaraan.

"Memang nak cari penaja untuk membuat kereta baharu... 'boss' saya pun kata 'kenapa tidak lupakan PROTON'. Lagipun kereta rali (pada waktu ini) memang menggunakan kereta kecil seperti saiz Myvi kerana senang serta kurang berat untuk dipandu.
Disyorkan Untuk Anda


"Jadi kita cuba, mana tahu PERODUA akan memberikan sokongan kepada kita. Sebab itulah kita nak tukar kepada PERODUA. Walaupun begitu, saya sebenarnya 'sayang' nak tukar kerana saya peminat PROTON, tetapi apa boleh buat, terpaksa tukar jenama," kata Karamjit selepas majlis penyerahan kemenangan Kejuaraan Rali MNRC 2022 di sini, hari ini.

Pada musim lalu, Karamjit bersama pembantunya, Jagdev Singh muncul juara keseluruhan Kejuaraan Rali MNRC 2022 dengan menggunakan jentera PROTON Gen 2 yang berusia 15 tahun.

Dalam pada itu, Karamjit turut memberitahu, bagi kalendar 2023 pasukannya Cisco Racing mempunyai perancangan menyertai Kejuaraan Rali Asia Pasifik (APRC) dan perlumbaan di Indonesia.

"Kami ada perancangan yang bagus... mahu menyertai perlumbaan di Indonesia - 10 rali di Indonesia dan empat di Malaysia. Selain itu, kami berharap dapat menyertai beberapa pusingan di Asia Pasifik.

"Saya sertai empat pusingan di Indonesia tahun lalu dan mereka ada meminta saya untuk kembali bersaing kerana mereka mahu belajar daripada saya selain menjadikan saya sebagai tanda aras kepada anak muda di sana.

"Sudah tentu, rali adalah sesuatu yang saya gemari dan mungkin menyertainya bersama salah sebuah pasukan Indonesia nanti. Ada beberapa pasukan menawarkan tempat namun saya belum putuskan dan akan tetapkan nanti," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ton-beralih-ke-myvi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.061077 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list