CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 276|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Basarnas tamat operasi SAR Kapal MV Dai Cat 06

[Copy link]
Post time 15-1-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Badan SAR Nasional (Basarnas) sudah menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kapal MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang pada 9 Januari lalu.

Pengarah Bahagian CARILAMAT & Bantuan Bencana, Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Laksamana Pertama (M) Aminuddin Abdul Rashid, berkata, Basarnas sudah menamatkan ops SAR dan akan mencari semula jika ada petunjuk baru jika di temui di perairan Indonesia.

"SAR terbabit ditamatkan petang semalam.

"Kita masih menyiasat berhubung kehilangan kapal itu," katanya kepada Harian Metro hari ini.

"Kapal MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang pada 9 Januari lalu belum ditemui setakat ini, dan siasatan lanjut dijalankan sekiranya terdapat unsur jenayah dalam kehilangannya.

Kapal terbabit yang membawa muatan besi paip dilaporkan keluar dari Kampung Acheh, Perak pada 23 Disember lalu menuju ke Kuching, Sarawak dan sepatutnya tiba pada 31 Disember lalu.

Kru kapal yang hilang itu adalah Adi warga Indonesia berusia 46 tahun sebagai Master kapal, Mohammad Syafarizan Mohd Noor, 24 tahun sebagai Ketua Pegawai (Malaysia), Damai Papane Ole, 57, sebagai Ketua Jurutera (Indonesia), Derrent Littor, 22, Kelasi (Malaysia) dan Mohammad Suhaideh Sudin, 22, sebagai Kelasi (Malaysia).

Kapal berukuran 52 meter panjang itu membawa 527 batang besi bernilai RM726,205.

Sehingga kini, masih tiada gambaran jelas kejadian menimpa kapal dan kru MV Dai Cat 06
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kapal-mv-dai-cat-06
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.063299 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list