CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 204|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lagi Mat Ketum diberkas di daerah Barat Daya

[Copy link]
Post time 15-1-2023 02:26 PM | Show all posts |Read mode

Bungkusan air ketum yang siap diproses dirampas di Teluk Kumbar, Pulau Pinang kelmarin.


BALIK PULAU – Polis Daerah Barat Daya giat membanteras aktiviti pemprosesan dan pengedaran ketum atau lebih popular dengan panggilan ‘cakoroi’ dan sekali lagi menahan dua pemuda tempatan selepas disyaki menjalankan kegiatan itu di Teluk Kumbar di sini semalam.

Menurut Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, suspek berusia 23 dan 36 tahun itu ditahan anggota polis selepas ditemui berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan telah menemui kira-kira 126 liter disyaki air ketum siap diproses yang bernilai RM1,260. Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kesemua bungkusan minuman terlarang itu dipercayai untuk dipasarkan kepada kaki ketum di sekitar kawasan berkenaan.

Dalam kes berlainan, polis telah menyita lapan buah motosikal kerana pelbagai kesalahan dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan di Pantai Seagate, Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini kelmarin.

Katanya, operasi yang dijalankan dari pukul 11 malam dan tamat kira-kira empat jam itu adalah usaha pihak polis membendung kegiatan samseng jalanan dan lumba haram serta jenayah.

“Dalam operasi itu juga polis menahan dua lelaki berusia 21 tahun yang ditahan kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya di lokasi panas kumpulan pelesit rempit di negeri ini.

“Kesemua kes disiasat menurut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Kenyataan itu berkata, sebanyak 52 keping saman dikeluarkan ke atas pemandu kenderaan atas pelbagai kesalahan dan pihak polis akan meneruskan operasi tersebut dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -daerah-barat-daya/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:28 PM GMT+8 , Processed in 0.110502 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list