CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 253|Reply: 0

[Kedah] ‘Harga getah rendah pun kami terpaksa toreh’

[Copy link]
Post time 15-1-2023 02:19 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. Hafif Abu Hassan mengambil upah menoreh getah di kebun milik penduduk lain di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, Baling. – MINGGUAN/NORLIA RAMLI

    Oleh NORLIA RAMLI
    15 Januari 2023, 8:00 am

BALING: Penoreh-penoreh getah di daerah ini akan terus menoreh walaupun pendapatan yang diperoleh tidak seberapa kerana itulah mata pencarian utama mereka, selain tiada kemahiran untuk melakukan kerja-kerja lain.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, seorang penoreh, Mohd. Hafif Abu Hassan, 36, berkata, selagi harga terus be­r­ada di paras rendah, golongan penoreh akan terus dihimpit kesusahan sedangkan kos sara hidup terus meningkat.

“Kerja menoreh getah merupakan pekerjaan utama mereka yang mampu dilakukan demi menampung kehidupan seharian.

“Ini sahaja punca utama pendapatan saya untuk menyara isteri dan tiga ahli keluarga sedangkan harga barang makanan seperti gula, tepung, minyak, ikan, telur, ayam dan sebagai­nya terus,’’ katanya ketika ditemui di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, semalam.

Menurutnya, harga getah yang dijualnya semalam hanya RM2.20 sekilogram (kg) dan dengan berat getah 100kg hasil torehan seminggu, dia hanya menerima RM170 setelah dibahagi dengan pemilik kebun.

Dia juga tidak dapat menoreh getah setiap hari berikutan hujan pada sebelah petang dan malam, tambahan pula ketika ini musim daun getah luruh dan pengelua­ran susu getah berkurangan.

Mohd. Hafif berkata, cuba menjual air kelapa di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Pegang dan boleh mendapat jualan sehari lebih kurang RM50 jika cuaca panas tetapi pendapatan akan merosot jika hujan seperti sejak ke­belakangan ini.

“Isteri saya, Maisarah Ha­shim, 34, ada juga membantu dengan menjual nasi tomato apabila ada permintaan dan meletaknya di kedai-kedai, namun jualannya hanya beberapa bungkus, itupun tidak dapat menampung perbelanjaan ha­rian kami sekeluarga,” katanya.

Alias Hanafi, 63, pula berkata, harga tertinggi getah sekerap yang pernah dijualnya adalah RM2.70 sekilogram iaitu sekitar awal tahun lepas dan harganya tidak kekal lama.

“Sekarang harga getah jatuh teruk, kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, tambahan pula harga ikan kembung yang menjadi lauk utama kami yang harganya RM5 sekilogram dahulu, kini berharga hampir RM20, ia semakin membebankan kehidupan kami,’’ katanya.

Dia berharap kerajaan akan lebih peka dan segera membantu penoreh getah dengan menaik­kan harga jualan getah agar kehidupan golongan tersebut lebih selesa dan dapat menoreh getah dengan lebih baik. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ami-terpaksa-toreh/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.056527 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list