Jika sebelum ini seorang model menawarkan diri untuk menjadi isteri ketiga Syamsul Yusof, kali ini lain pula ceritanya apabila seorang jejaka di platform TikTok baru-baru ini telah menjadi perhatian ramai setelah menawar diri untuk menjadi suami baru kepada pelakon, Puteri Sarah.
BACA JUGA : Puteri Sarah Setuju Model Cantik Jadi Isteri Ketiga Syamsul Yusof, Ini Pula Reaksi Model Tersebut
Ia selepas pelakon berkenaan memaklumkan mahu bercerai dengan suami, Syamsul Yusof kerana tidak sanggup bermadu dengan Ira Kazar.
Melalui perkongsian video pendek yang di muat naik oleh lelaki itu atau di kenali sebagai Arif Izo, dia memuat naik video kontroversi itu dengan kapsyen berikut:
"Salam Sol (Syamsul). Kenalkan bakal suami Puteri Sarah. Aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ini sedih. Boleh ke?"
Lalu meletakkan beberapa gambarnya yang penuh bergaya sebelum meletakkan foto Sarah pada penghujung video tersebut.
Biarpun membuat video berkenaan sebagai gurauan dan konten di media sosial, rata-rata netizen menyokong pemuda itu dan menyifatkan dia serta ibu kepada dua orang cahaya mata tersebut pasangan yang serasi.
Dalam pada masa yang sama, ada juga beberapa individu wanita yang sempat memuji ketampanan lelaki tersebut serta membandingkan dengan Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, di platform lain pula menyelar tindakan Arif yang dikatakan mengambil kesempatan dalam kesempitan. Selain itu, dia dituduh membuat gurauan seperti tiada pegangan agama.
"Hormat la sikit bro. Itu isteri orang bro, macam tak ada agama je. Baik la pergi mengaji dulu kalau bab ini pun tak lepas," kata Farid.
"Terpaling nak jadi hero, nak jadi suami konon. Dengan rantai dan gelangnya, agak-agak boleh ke nak didik dia dengan anak-anak dia tu bang?" kata Alan.
"Nak ada bidadari, rantai tu buang dulu. Macam mana nak pimpin bidadari ke syurga?" kata Shaemmy.
"Carilah bidadari single yang sedih, bukan cari bini orang," kata MissQ.
Dalam perkembangan terbaru dipetik dari mStar, Arif Izo atau nama sebenarnya Nik Mohd Arif, 26, menjelaskan video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu hanyalah sekadar mengikut trend semasa dan dia juga sama sekali tidak menyimpan perasaan terhadap isteri Syamsul.
"Saya cuma ikut trend sahaja, jadi saya buat video itu suka-suka. Saya tak boleh nak simpan hati dekat Puteri Sarah Liyana lagi nanti Syamsul Yusof marah." - CARI
|