CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V175'

  [Copy link]
 Author| Post time 14-1-2023 05:35 PM | Show all posts

Gambar hiasan.


Bantuan sekolah RM150 diagih Isnin ini



PUTRAJAYA- Seramai tiga juta murid yang memasuki Tahun Dua hingga Tingkatan Lima daripada kalangan keluarga dengan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah RM150 seorang Isnin ini.

Dalam konteks ini, murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak untuk menerima bantuan berkenaan.

Sementara itu, bagi murid Tahun Satu yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai.

Pembayaran BAP itu akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Sekiranya pemberian dibuat secara tunai, pengagihan akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

Sebelum ini, bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Dewan Rakyat ketika pembentangan Belanjawan 2022 berkata, bantuan itu memperuntukkan sejumlah RM450 juta. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... epada-setiap-murid/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2023 05:37 PM | Show all posts
2 juta kenderaan di lebuh raya pada Tahun Baharu Cina

oleh   NURFARDLINA IZZATI MOKTAR  14 Januari 2023    03:38pm






PLUS menjangkakan 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya pada hari puncak sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.




SHAH ALAM - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya pada hari puncak sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, hari yang dijangka mencatatkan jumlah trafik tertinggi adalah 20 hingga 21 Januari dan 24 Januari ini.

Menurutnya, ia merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding jumlah trafik pada hari biasa.

"Justeru bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan awal selain mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan lebih selamat dan selesa ketika berada di lebuh raya.

"Strategi tersebut merangkumi aspek keselamatan lebuh raya, pengurusan trafik dan kesesakan, pengagihan trafik, keselesaan pengguna, pengurusan lalu lintas di plaza tol, hebahan maklumat trafik dan sebagainya.

“Fokus kami pada hari perayaan kali ini adalah aspek keselamatan di lebuh raya di mana pelbagai strategi telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada masa sama beliau berkata, pihaknya memohon kerjasama pengguna motosikal dan pemandu kenderaan berat supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya sepanjang musim perayaan tersebut.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, penunggang motosikal menyumbang kepada kira-kira 64 peratus daripada keseluruhan jumlah kemalangan maut di lebuh raya PLUS pada tahun 2022.






Pasukan PLUS Ronda dan LPT2 akan ditambah kepada 265 pasukan bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kerosakan kenderaan atau kecemasan.





“Kemalangan membabitkan kenderaan berat pula sering menyebabkan kesesakan yang teruk memandangkan ia mengambil tempoh agak panjang untuk dialihkan dan diselesaikan serta memerlukan kehadiran serta bantuan jentera-jentera berat seperti kren dan sebagainya,” ujarnya.

Justeru itu, beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan advokasi di lebuh raya pada musim perayaan berkenaan.

“Selain itu, jumlah pasukan peronda lebuh raya merangkumi PLUS Ronda dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan ditambah kepada 265 pasukan bagi membantu pengguna lebuh raya yang mengalami kerosakan kenderaan atau kecemasan.

"PLUS turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan dan LPT2 bagi membantu orang ramai merancang perjalanan mereka untuk pulang ke kampung atau kembali semula ke Lembah Klang," jelasnya.

Tambah beliau, pemandu juga dinasihatkan agar menggunakan mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari lebuh raya.

"Sebagai contoh, sekiranya pengguna menggunakan mod Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) ketika masuk ke lebuh raya, mereka juga mestilah keluar dari lebuh raya melalui lorong RFID.

"Ini dapat mengelakkan mereka terkandas di lorong tol dan memberi kesan kepada perjalanan orang lain selain baki e-Wallet (bagi transaksi RFID) dan baki kad 'Touch n Go' sentiasa mencukupi untuk perjalanan tersebut," tambahnya.

Jelas beliau, orang ramai juga disarankan agar menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps untuk merancang perjalanan dengan lebih efisien.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 05:39 PM | Show all posts
semoga bermanafaat kepada ibu bapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 05:40 PM | Show all posts

Fahmi (tengah) ketika menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada komuniti Parlimen Lembah Pantai hari ini.


Elak jadi mangsa ‘scammer’ musim Tahun Baharu Cina




KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai khusus buat masyarakat Cina untuk sentiasa berhati-hati dengan sebarang taktik penipuan scammer sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Katanya, apabila ada perayaan besar seperti sambutan Tahun Baharu Cina, pastinya masyarakat akan keluarkan wang simpanan untuk berbelanja.

Namun, beliau sempat menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan panggilan telefon yang mencurigakan disamping melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan scammer.

“Dalam persediaan kita nak sambut Tahun Baharu Cina, berhati-hati dengan aktiviti scammer. Kalau tak pasti panggilan itu dari siapa, jangan jawab, jangan tekan link.

“Sekiranya menjadi mangsa scammer, segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC),” katanya ketika berucap di Majlis Sumbangan Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai di sini, hari ini.

Katanya lagi, sebagai langkah mencegah diri dari jangkitan Covid-19, beliau menyarankan orang ramai untuk mendapatkan suntikan dos penggalak dengan segera sebelum menyambut Tahun Baharu Cina akan datang. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -tahun-baharu-cina/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 05:40 PM | Show all posts
berhati hati lah semua dari jadi mangsa jenayah scammer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 05:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-1-2023 05:54 PM | Show all posts
tetap menolak terus
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 05:59 PM | Show all posts
nanti esok boleh sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2023 05:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 05:59 PM | Show all posts
ini lah muka jaguh2 malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 06:00 PM | Show all posts
semoga mereka dapat membawa sesuatu untuk malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2023 06:00 PM | Show all posts
buatkan rakyat malaysia berbangga
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 07:26 PM | Show all posts
dah azan maghrib kt sini
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 07:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 09:47 PM | Show all posts
Buaya mati tersangkut di jaring kolam

Anak buaya yang ditemui mati tersangkut dalam jaring di Kolam Takungan Parit 4, Sungai Haji Dorani, semalam. - Foto TULAR MEDIA SOSIAL






Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2023 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2023 03:05 AM | Show all posts

tau x pe mcm nov terkena ms g pulau perhentian dulu
pakej rm300++/pax
tp bilik air ade katak, labah2
lantai berpasir
tombol pintu berkarat
tmpt sidai towel karat
buat malu dkt pelancong je


seriuslah nov.
mmg betul2 buat malu je owner2 chalet ni semua.
300+/pax tu mahal.
sekali dgn makan atau cemana

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 03:07 AM | Show all posts

ttp lg bgs
meniaga ape x de adab mcm tu


ini jenis org meniaga ko pun nk meniaga
tp tak reti jaga hati pelanggan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 03:08 AM | Show all posts

nov pulak risau nnt tggl dlm bonet kete tgh pns


betul nov. lappy sensitif kan.
tak boleh kena panas.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2023 03:09 AM | Show all posts
kaka rasa klu apartment mgkn selamat lg nk simpan tp jgn kt hotel.
hotel bahaya klu tinggal brg2 berharga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.563435 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list