View: 333|Reply: 0
|
[Pahang]
Gajah betina Hutan Simpan Kemasul dipindahkan
[Copy link]
|
|
Operasi memindahkan gajah betina dilakukan kakitangan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang di Hutan Simpan Kemasul. FOTO IHSAN PKGK
Temerloh: Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Lanchang berjaya memindahkan gajah betina yang ditangkap dalam Hutan Simpan Kemasul di sini, kelmarin.
Haiwan berkenaan dipercayai kumpulan 15 ekor yang menceroboh kawasan perumahan Pejabat Ladang Hutan Kemasul di sini, awal bulan ini dan merosakkan banyak pokok hiasan.
Ketua PKGK Kuala Gandah, Che Ku Mohd Zamzuri Chik Wan Ab Rahman, berkata operasi menangkap gajah betina itu dilakukan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Pahang.
Menurutnya, haiwan berkenaan berada dalam keadaan sihat dan sebelum ini menjadikan Hutan Simpan Kemasul sebagai habitat semula jadi dan rekod PERHILITAN terdapat kira-kira 45 gajah bergerak bebas dalam beberapa kumpulan dalam hutan simpan berkenaan.
"Dua gajah denak Kasturi dan Sanum digunakan untuk memujuk dan menarik gajah liar berkenaan sejauh kira-kira 1,200 meter ke atas lori.
"Kita memasang mikrocip dan pengukuran morfologi sebelum melepaskan gajah betina berkenaan ke habitat asal di Hutan Simpan Tembat, Sungai Deka, Terengganu," katanya yang turut sama menyertai operasi berkenaan.
Beliau menambah, operasi memindahkan gajah betina berkenaan mengambil masa kira-kira lima jam dibantu seramai 28 kakitangan PKGK dan PERHILITAN Pahang.
Tambahnya lagi, operasi memindahkan gajah di Hutan Simpan Kemasul adalah operasi yang pertama dilakukan pihaknya tahun ini.
Dalam pada itu, Che Ku Mohd Zamzuri berkata sebelum ini penduduk perumahan Pejabat Ladang Hutan Kemasul, melihat kumpulan 15 gajah berkenaan memasuki kawasan perumahan terbabit pada 6.50 petang untuk mencari makan.
Katanya, tahun lalu seorang pekerja am ladang kelapa sawit di Mentakab, di sini maut selepas dipercayai dipijak gajah liar di kawasan ladang tempatnya bertugas, haiwan berkenaan dipercayai antara kumpulan gajah Hutan Simpan Kemasul.
"Saya menasihatkan kepada mana-mana pihak supaya tidak cuba bertindak dengan tujuan menghalau dan menghalang gajah liar kerana perbuatan itu boleh mengundang perkara yang tidak diingini, mereka perlu menghubungi PERHILITAN yang mempunyai kepakaran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kemasul-dipindahkan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|