Seorang jurugambar wanita di Rompin kerugian RM38,200 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata berdasarkan laporan, mangsa berusia 26 tahun menerima WhatsApp kononnya suspek melihat permohonan di laman Job Street pada 7 Januari lalu.
Gambar hiasan
Katanya, suspek kemudiannya ingin menawarkan kerja membuat ulasan pada laman Google Maps dengan mendapat keuntungan komisen bagi setiap ulasan.
"Mangsa mula percaya dan membuat empat kali pindahan wang kedua akaun bank yang berlainan.
"Mangsa menggunakan wang simpanan sendiri dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) milik ayahnya untuk semua transaksi yang dibuat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Ramlis menasihati dan menegaskan masyarakat supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.
Post time 13-1-2023 03:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pun dpt whatsapp , saw ur bio at jobstreet . Nk buat partime ke? Aku ingat kena jual2 barang or jual servis mls la nk tekan. Scam mcm ni la kot klu tertekan, sebaik x tekan. Tp klu aku terpengaruh pun (percaya), aku pun tgh sesak, xde nk bg modal dulu.
Post time 13-1-2023 11:44 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dapat wasap dari MO yg sama. tapi memula dia tanya ex owner no phone yg aku tgh guna. Aku reply salah no, maybe org yg dia cari tu owner no phone sebelum ni. Pas tu org tu tanya aku berminat tak nak keje part time psl like post kt ig & screenshot, hantar ke dia & dpt duit. Aku jwb taknak 2x. Pas tu terus delete wasap tu