View: 1501|Reply: 16
|
Pecat Askar Enggan Vaksin Adalah Tindakan Sah
[Copy link]
|
|
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan tindakan Tentera Darat Malaysia (TDM) menamatkan perkhidmatan seorang bekas sarjan yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19, dua tahun lalu adalah sah.
Bekas Sarjan Wan Ramli Wan Seman memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar perintah pemberhentiannya bertarikh 4 Ogos 2021.
Bekas askar itu menamakan Leftenan Kolonel Sharull Hesham Md. Yasin, Leftenan Mohamad Azammunir Mohd. Ashri, Panglima TDM Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain, TDM dan kerajaan sebagai responden.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md. Shahid ketika membaca penghakiman ringkasnya menyatakan, keputusan dibuat responden adalah mengikut lunas undang-undang yang betul dan tidak tercemar dengan tindakan tidak rasional atau tidak mengikut undang-undang.
“Pemohon mengetahui bahawa pekerjaannya adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam Akta Angkatan Tentera 1972 dan sebagai anggota TDM, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi dan melaksanakan perintah yang diberikan kepadanya.
“Seorang anggota tentera mempunyai tanggungjawab untuk mengikut semua arahan bagi mengekalkan disiplin. Saya berpendapat tindakan responden menamatkan perkhidmatan pemohon selepas ingkar perintah mengambil vaksin adalah mengikut undang-undang,”kata hakim itu.
Oleh itu, Hakim Ahmad Kamal menolak permohonan semakan kehakiman Wan Ramli untuk mencabar perintah pemberhentian itu tanpa sebarang perintah berhubung kos.
Pada 23 Ogos 2021, TDM mengesahkan seorang anggotanya diberhentikan kerja kerana menolak pengambilan vaksin Covid-19.
TDM dalam kenyataan itu berkata, ia susulan setiap anggotanya wajib mengambil suntikan itu terutama sebelum melaksanakan penugasan di mana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah yang ditetapkan.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai pakcik wan ramli ooi, baksin je pun bang. tok wan akak dah 93 dah 4 kali cucuk elok je boleh bercucuk tanam lg.
Org nak jadi askar dia pun nak jadi askar. Tp bila suruh ambik baksin terketar2 lutut sanggup naik turun mahkamah. Berenti je pakcik kalau taknak dah mmg diwajibkan askar baksin.
Akak tumpang simpati dgn yg kena buang pasal taknak baksin. Rugi lah tak keje dahla umur lagi panjang dr yg ambik baksin ni katanya nanti bila semua yg dah baksin meninggal barulah dpt koje balik.
Jangan marah la ya puak anti baksin. Kalau akak betul2 taknak baksin akak duduk off grid bercucuk tanam bela ayam takda nak risau trappings modern life gitu. Handphone pun akak buang dlm sungai je takut kena radiasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka blast off tersenyum kakikudibibirmu |
|
|
|
|
|
|
|
Arahan vaksin pun tak nak ikut. Kalau perang nanti macam mana? Elokla kena pecat. Buat lah kerja lain yang sesuai. Handphone, makanan ringan berlemak semua jangan telan pulak lepas tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Perkara mcm ni la membazir masa dan duit negara. Dah lama drag lagi pun jd askar sampai umur berapa je pastu kena keja sendiri. Sbb byk je agent hartanah aku kenal mmg x vaksin langsung haha. Belom ada yg arwah melainkan cikgu2 muda pun ada. Itu pilihan dia nk fight, kita buat hal sndri family sakit hantar spital klu penuh g spital lain senang kan, jgn melalak minta bantuan dgn Ngo |
|
|
|
|
|
|
|
rogayahtop replied at 12-1-2023 11:44 PM
Alahai pakcik wan ramli ooi, baksin je pun bang. tok wan akak dah 93 dah 4 kali cucuk elok je boleh ...
Very well said, sisthurr... ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Mentang2 Le
Pakatan dah memerintah.. Next! 
|
|
|
|
|
|
|
|
rogayahtop: Alahai pakcik wan ramli ooi, baksin je pun bang. tok wan akak dah 93 dah 4 kali cucuk elok je boleh bercucuk tanam lg. Org nak jadi askar dia pun nak ...
setuju!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab tak mau vaksin, kena buang kerja... pencen semua hilang kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
takat beksin pun lemahhhh... |
|
|
|
|
|
|
|
Akta Angkatan tentera 1972
Pegawai tentera sebelum di tauliahkan kena hadam buku ni.. ada exam lagi.
Dalam Peperiksaan kenaikan pangkat pun ada soalan berupa kes study dan undang undang mana yang terpakai...
sebagai seorang anggta tentera, subjected to Military Law and Civil Law, sebab tu asas utama adalah disiplin.
“Pemohon mengetahui bahawa pekerjaannya adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan dalam Akta Angkatan Tentera 1972 dan sebagai anggota TDM, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mematuhi dan melaksanakan perintah yang diberikan kepadanya.
“Seorang anggota tentera mempunyai tanggungjawab untuk mengikut semua arahan bagi mengekalkan disiplin. Saya berpendapat tindakan responden menamatkan perkhidmatan pemohon selepas ingkar perintah mengambil vaksin adalah mengikut undang-undang,”kata hakim itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa TDM tak ada 'Diraja'?
TUDM & TLDM ada pula
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedih bang pencen ko pon lesap kan ke camne.kalo akak beksin je la ..takpon ko tipu tipu mcm ramai jemaah umrah buat dulu...demi nak umrah sangup bayar 500 demi nak mysejahtera vaksin cert |
|
|
|
|
|
|
|
Termakan hasutan anti vaxx carik porem .. puak tunggu dajal kot
 |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pasal2 pencen pun tak dapat ekekeke... |
|
|
|
|
|
|
|
Service before Self, bang wan oiii.
Kau hadam dan hadam dan hadam lah.
Bila kau x hadam tu maknanya kau memang bukan askar sejati lah.
Baidewey he ols masa fight kes ni mula-mula guna lawyer Ujen tu.
Masa akhir bicara masih Ujen kah lawyer he ols ni?
|
|
|
|
|
|
|
|
Askar sudahh.. Yg lain apa cer? |
|
|
|
|
|
|
| |
|