View: 972|Reply: 7
|
Ingat Nak Seberang Jambatan Ke Sungai Thames, Rupanya Ternaik Feri
[Copy link]
|
|
Seorang wanita mengalami peristiwa lucu apabila 'jambatan' yang disangkakan akan membawanya menyeberangi Sungai Thames di London rupa-rupanya adalah sebuah feri.
Dalam kejadian pada Jumaat lalu, penyampai radio dari Lancashire Sophie Montague memandu kereta melalui 'sebatang jalan' dan menyangkakan dia terperangkap dalam trafik sesak.
Namun dia bingung apabila menyedari keretanya seakan-akan 'bergerak dengan sendiri'.
Tidak lama kemudian barulah Sophie sedar keretanya berada di atas sebuah feri dan sedang merentasi Sungai Thames.
Wanita berusia 28 tahun itu merakam detik lucu tersebut dan memuat naik ke akaun TikTok.
"Saya hanya mahu menyeberangi Sungai Thames.
"Saya sangka ini sebuah jambatan, tetapi saya sebenarnya telah menaiki feri. Saya memang berada atas feri," kata Sophie.
Dalam rakaman itu, Sophie menunjukkan deretan kereta di sekelilingnya ketika feri sedang bergerak.
Video bertajuk 'Plain Sailing X' itu setakat ini sudah menerima lebih 1.4 juta tontonan.
Menerusi komen yang diterima, ternyata Sophie bukanlah individu pertama yang melakukan 'kesilapan' seperti itu.
Dalam kemas kini susulan, Montague memaklumkan dia selamat tiba di pejabat, namun perjalanan yang dilaluinya penuh dramatik.
"Saya melalui hari dan perjalanan yang sangat dramatik ke tempat kerja hari ini.
"Saya harap orang lain tidak melalui apa yang saya lalui. Tetapi syukurlah saya selamat,"ujarnya.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau gi kje xkan xperasan kau ikut jalan lain ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tentu2 nampak besar gedabak kepala feri kat sebelah tu takkannnnnnnn la tak perasan. |
|
|
|
|
|
|
|
So ni kira pakej hapdet boss and coworker la ya...baiklah. |
|
|
|
|
|
|
|
Daif sgt ke London xde satu pun signboard tunjuk lorong masuk feri.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|