View: 1614|Reply: 26
|
Zalimnya Manusia! Lebih 100 Anjing Kurus Kering, Tak Dijaga Rapi Di Pusat Kurungan
[Copy link]
|
|
Sedih melihat nasib anjing-anjung terbiar yang ditangkap dan dikurung oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) dalam gambar yang tular.
Pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB) Wani Muthiah berkata, gambar anjing-anjing dalam pusat kurungan itu tular setelah seorang pemilik haiwan mencari anjingnya yang mungkin ditangkap oleh pihak berkuasa.
Pemilik haiwan tersebut terkejut melihat keadaan anjing liar di pusat kurungan anjing di Kuala Langat itu dan kemudian berkongsi beberapa gambar di media sosial.
 Foto: FB
Menerusi foto-foto yang dikongsi, kira-kira 100 ekor haiwan itu dilihat kurus kering sehingga nampak tulang, dipercayai diabaikan dan tidak mendapat makanan yang sewajarnya.
Menurut Wani, terdapat prosedur operasi standard (SOP) dalam menangkap anjing liar, yang mana haiwan tersebut perlu dijaga dengan berperikemanusiaan dalam tempoh seminggu sebelum ditidurkan oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
MPKL mengeluarkan kenyataan pada Rabu, memberitahu orang ramai bahawa pihak mereka dengan kerjasama Unit Vektor, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan Persekitaran (JPSPKP) telah mengambil tindakan dengan membersih dan meneliti semula tatacara pengurusan pusat kurungan tersebut.
“Semua haiwan yang ditangkap itu dijaga di pusat kurungan dengan diberi makan dua kali sehari iaitu waktu pagi dan waktu petang,” susulan laporan Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKL.
Wani turut mempertikaikan bagaimana boleh terdapat begitu banyak anjing dalam pusat kurungan tersebut dan keadaan masing-masing sangat menyedihkan.
“Selalunya, dalam sehari, pihak berkuasa akan tangkap dalam 10 hingga 15 anjing sahaja berdasarkan aduan oleh penduduk.
“Tapi, macam mana boleh ada sampai 110 anjing dalam pusat kurungan tersebut? Apa ceritanya?
“50 peratus daripada jumlah anjing yang dijumpai dalam keadaan tenat, dan peluang hidup sangat tipis,” ujarnya kepada mStar.
Wani berkata susulan gambar tular, persatuan dan NGO berkaitan di Selangor bersatu dalam menyelamatkan anjing-anjing tersebut.
“Ada banyak NGO yang tampil bagi mengambil anjing-anjing tersebut untuk menempatkan mereka di pusat perlindungan haiwan masing-masing.
“Atas dasar muhibah, pihak MPKL pun menyediakan lori dan bantu bawa anjing-anjing tersebut keluar, tanpa mengenakan sebarang bayaran,” katanya.
Pihak NGO akan membantu haiwan terbiar tersebut dengan memberikan rawatan seperti suntikan vaksin, dimandulkan dan setelah itu, diberikan kepada mereka yang mahu memelihara haiwan ini.
Selain itu, pengasas NGO tersebut itu berkata yang kaedah mengendalikan haiwan terbiar ini juga gagal berdasarkan gambar-gambar yang tular.
Dia mencadangkan pihak berkuasa untuk menguatkuasakan kaedah Tangkap, Mandul, Lepas, Mengurus (TNRM) untuk mengawal pembiakan binatang liar tersebut.
Wani berpandangan, pilihan terbaik jika orang ramai ingin membantu ialah dengan mengambil haiwan yang tidak mempunyai tuan di pusat perlindungan haiwan berdekatan dan memberikannya kasih sayang serta kelengkapan secukupnya.
Hantaran asal MDDB di Facebook itu dibanjiri komen warganet yang turut prihatin dengan keadaan anjing-anjing tersebut.
“Saya rasa kalau dia hidup berkeliaran atau jadi anjing liar pun mungkin lebih gemuk dan sihat. Dia boleh cari makanan sendiri daripada terkurung dan makanan tak cukup, dan makan pun perlu ikut jadual sahaja.
“Nak tangkap boleh, tapi bagilah makanan kalau dah kurung.
“Harap mereka cepat diselamatkan.
“Jangan aniaya binatang, kalau dah kurung bagilah makan dan minum. Kita jangan lupa setiap apa yang kita buat akan dikira di akhirat nanti.
“Zalimnya manusia,” demikian antara komen netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Knp la bulus2 ni x dilatih tuk jd angin pengesan K9 tuk badan2 uniform mcm polis,tentera dan bomba..dr dilupuskan..baik dibg latihan dan diserap sebagai anggota penyelamat dan pencarian dadah.. cukup ms pencen jual.. senang org awam beli bulus terlatih.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 12-1-2023 06:00 PM
Knp la bulus2 ni x dilatih tuk jd angin pengesan K9 tuk badan2 uniform mcm polis,tentera dan bomba.. ...
kan. hipokrit ye HIPOKRIT hanart2 yg bertepuk tangan bangga dgn anjing jd wira menyelamat/cari mangsa2 bencana sedangkan org yg sama menyokong/report penangkapan anjing/kucing jalanan yg mampu jaga keselamatan pemilik dr ancaman pencerobohan/haiwan berbisa kalau diberi peluang! anjing/kucing2 dlm seminggu camtu je pbt dr neraka simpan kat pound sblm dibunuh. lupus haiwan yg masih nak hidup mcm sampah!! mcmn ye makhluk2 ni boleh hidup makan gaji jd pembunuh upahan haiwan2 yg tak bersalah? 
https://www.rd.com/list/shelter-dogs-who-saved-lives/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
yg seksa binatang ni mmg species babi |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan memang sengaja untuk kasi mati ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Patut dilatih buat show di circus yg lompat dalam gegelung api tu...dapat juga jana pendapatan utk membiayai pusat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Yih yg warga prihatin.. kau yg jugak yg report mpkl kalau ade anjing liar makan anak kucing kau.. |
|
|
|
|
|
|
|
ina_na replied at 12-1-2023 06:00 PM
Knp la bulus2 ni x dilatih tuk jd angin pengesan K9 tuk badan2 uniform mcm polis,tentera dan bomba.. ...
Xsemua species anjing bijak..
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebak tgk anjing2 yg npk tulang. Ntah mcmana la tahap lapar mereka tu. Merekakan makhlukNYA juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 13-1-2023 08:32 AM
Di kalangan anjing kucing lain ada gemok yg lain kurus tak, anjing/kucing kongker jadi along kawasan dia sorng2 mkn mknn sampai licin yg lain tengok je sampai giliran dah licin, sama juga dlm famili ada sorang gemok lain biasa2 saiz |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan aniaya. Mereka juga makhluk tuhan. dah tangkap, pandai2 kasi makan |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai kesiannya those doggies. Betulkah diberi makan kalau kurus sebegituh? Kurus gitu kategori tak makan kebuluran. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau x mampu bg makan awal2 pts je lah,jgn la seksa sampai mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
KBW2 replied at 13-1-2023 08:48 AM
Alahai kesiannya those doggies. Betulkah diberi makan kalau kurus sebegituh? Kurus gitu kategori tak ...
ko pecaye ke? anjing tepi jalan yg feeder bagi makan kat luar camtu je boleh gemok, ni kan yg claim ada jadual makan 2x sehari, update terbaru 9 ekor dah mati  |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, memang dah kebulur dan dehydrated for some time tuh.
Ko majlis perbandaran kot. Orang perseorangan pun boleh volunteer buat sendiri kerja-kerja camni dengan elok takkanlah satu badan berdana dengan macam-macam orang boleh sampai jadi gini?
Anjing-anjing yang korang seksa ni sah-sah ke sorga. Korang yang berakal buat gini, takde rasa kesal dan malu?
Toksah duk cakap isley ke hulu ke hilir, akhlak pun serupa iblis.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus bunuh shj kalau kurus kering mcm tu & tak boleh jaga..kalau tak sanggup bunuh bagi lepas |
|
|
|
|
|
|
|
i cannot la baik anjing kucen sebagai nye ni |
|
|
|
|
|
|
|
hantar gi sarkis je 
|
|
|
|
|
|
|
|
KBW2 replied at 13-1-2023 08:59 AM
Ya Allah, memang dah kebulur dan dehydrated for some time tuh.
Ko majlis perbandaran kot. Orang pe ...
Ce**ka betul manusia2 yg seksa anjing2 tu..Zalim! Adakah mereka sengaja biarkan kebuluran utk mematikan anjing2 tu??? MPKL xde buat apa2 statement ke?
Ada hadith pasal biarkan haiwan kebuluran dlm sangkar
Diriwayatkan daripada Ibnu ‘Amr bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Ada seorang wanita yang diseksa kerana seekor kucing yang dikurungnya sehingga mati. Wanita itu lalu masuk ke dalam neraka kerana kucing tersebut dikurungnya tanpa diberikannya makan dan minum dan tidak pula dibiarkannya bebas sehingga dia dapat memakan serangga tanah. (riwayat al-Bukhari) |
|
|
|
|
|
|
| |
|