CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 507|Reply: 4

Guru Prasekolah Dera Budak Berkeperluan Khas Kerana Tak Tidur Siang Dipenjara 10 Bulan

[Copy link]
Post time 12-1-2023 04:37 PM | Show all posts |Read mode
Seorang bekas guru prasekolah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana mendera seorang budak lelaki berkeperluan khas berusia empat tahun apabila dia tidak tidur pada waktu tidur siang.


Tertuduh, seorang wanita berusia 52 tahun mengaku bersalah atas satu pertuduhan mendera kanak-kanak lelaki itu di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.


Kanak-kanak tersebut, yang mengalami masalah pertuturan – mula bercakap ketika berumur lima tahun juga mengalami kesukaran untuk mengekalkan pandangan mata dengan orang lain sejak usia muda.




Gambar hiasan




Pada 2 Disember 2020, tertuduh cuba menidurkan budak lelaki itu di bilik yang ditetapkan tetapi menjadi marah dan kecewa apabila dia tidak berjaya.


Tertuduh yang letih dan lapar kerana dia belum makan tengah hari telah menarik bahu budak lelaki itu ke hadapan, menyebabkan mangsa terguling di atas lantai dan terjatuh di luar tikar tidurnya.


Dia juga mengheret budak lelaki itu ke atas lantai dan menarik telinga menyebabkan mangsa menekup telinga kerana kesakitan.


Rakan sekerja wanita itu mendengar budak lelaki itu menangis tetapi tertuduh terus bertindak kasar.


Ibu budak lelaki itu melihat kesan pada anaknya kemudian membuat laporan polis.


Pihak sekolah membayar bil perubatan mangsa dan tertuduh telah dipecat dua hari selepas kejadian.


Peguam bela Chung Ting Fai cuba meminta hukuman pengawasan bagi pihak anak guamnya, atau penjara lapan bulan sebagai alternatif.


Beliau berkata, anak guamnya disahkan menghidap kemurungan yang teruk sejak tiga tahun lalu, akibat tekanan kerja dan keluarga.


CNA dalam laporannya memetik kenyataan peguam bela bahawa anak guamnya mengetahui mangsa seorang kanak-kanak keperluan khas dan disyaki autisme, tetapi anak guamnya tidak dilatih secara khusus untuk mengendalikan kanak-kanak berkeperluan khas.


Pendakwa raya membantah sebahagian daripada mitigasi yang menyatakan tertuduh “diprovokasi” oleh “kanak-kanak autisme yang sangat aktif”.


Hakim Daerah John Ng berkata, permintaan pihak pembelaan untuk meletakkan tertuduh dalam pengawasan tidak boleh dibenarkan dan “salah letak” kerana prinsip hukuman dalam kes ini bukan pemulihan tetapi pencegahan.


“Tiada tempat untuk pengasuh dewasa kanak-kanak kecil dalam mana-mana keadaan untuk menyebabkan apa-apa kecederaan kepada mana-mana individu atau kanak-kanak dalam jagaan orang dewasa itu, tidak kira betapa tegang atau tertekannya dia,” kata Hakim Ng.


Bagaimanapun, hakim mengambil kira penyesalan wanita itu yang telah menjaga kanak-kanak lain dengan betul dan telah mengaku bersalah.


Hakim juga membenarkan wanita itu menangguhkan hukuman penjara sehingga selepas Tahun Baru Cina.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes kat Singaporn ka ni semua nama cinkies?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila perut lapar,manusia pun blh jd singa
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduhai copy paste berita pun xlengkap..
Kat sekolah xpernah buat laporan or karangan bentuk berita ke? First sekali kne letak lokasi,,

-singapore-
Link news
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 10:25 AM | Show all posts
Sebelum waktu makan elok bebudak itu dibiarkan di play ground. Suruh dia orang berlari or apa saja aktiviti supaya mereka penat dan lepas makan lunch senang nak tidur.

Pasang la relaxing music pasti budak budak itu boleh tertidur.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.050342 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list