View: 1091|Reply: 8
|
Remaja 14 Tahun Dibogel, Dirotan Dan Dipukul Angkara Rebut Jantan
[Copy link]
|
|
Polis menyiasat insiden gadis berusia 14 tahun dipukul dengan rotan dan dibogelkan sekumpulan rakannya di daerah Wakiso, Uganda susulan penularan rakaman video serangan itu di media sosial.
Timbalan Jurucakap Polis Metropolitan Kampala, Asisten Superintendan Luke Owoyesigyire berkata, siasatan sedang dijalankan untuk mendakwa suspek kejadian itu.
FB Majoriti
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan tiga remaja perempuan dan seorang lelaki menyoal mangsa berhubung dakwaan dia cuba merampas salah seorang kekasih rakannya.
Salah seorang gadis yang dipercayai kekasih lelaki terbabit dilihat menampar mangsa sebelum yang lain turut serta dalam pergaduhan itu.
Seorang lagi remaja yang berada di lokasi membuat rakaman insiden pergaduhan tersebut, mengundang kecaman hebat warga maya.
Menurut Luke, salah seorang pelaku sudah ditahan selepas ibu mangsa membuat laporan polis mengatakan anaknya mengalami kecederaan parah di badan.
"Setelah pemeriksaan fizikal dibuat, kami menyedari bahawa mangsa berada dalam kesakitan dan perlu diperiksa pakar perubatan bagi mengenal pasti kecederaan pada badannya.
 Pelaku (kiri) membogelkan mangsa (kanan) sebelum memukul dengan rotan. — Agensi
"Oleh itu, kami bersetuju untuk menahannya di pusat perlindungan sementara menunggu keputusan pemeriksaan daripada forensik," katanya.
Luke berkata, mangsa mengenali pelaku dan kenyataan tersebut direkodkan untuk membantu siasatan.
" ada hari kejadian, mangsa dihubungi untuk pergi ke rumah rakannya yang kini dalam tahanan polis.
"Ketika tiba di rumah rakan tersebut, mangsa dipukul dengan rotan sebelum dibogelkan seperti yang kejadian tular di media sosial," katanya.
Sumber: Majoriti |
|
|
|
|
|
|
|
Baru nak inzal ingatkan kejadian kat malaysia dek!  |
|
|
|
|
|
|
|
14 tahun??
mcm dah beso nay |
|
|
|
|
|
|
|
ntah la tak tau nak kata apa. tak expect apa2 pon. mmg dah tau budak perempuan bbnu kalau berebut jantan mmg muka tak boleh go semua. kalau muka boleh go, jantan yg rebut dia. |
|
|
|
|
|
|
|
muka pelaku kt belah kiri tu mmg sejenid muka minta penampar  |
|
|
|
|
|
|
|
dulu time sekolah, budak perempuan umo 13 tahun bergaduh berebut jantan waktu perhimpunan. havoc gila, pengetua tengah berucap, tiba2 jerit-jerit tarik2 tudung 
yang kelakarnya, budak lelaki tu yang diorang minat tu, jenis budak baik, pakai songkok, selalu jadi imam. dia tak minat pun minah2 rempit tu semua 
tepuk dahi dia malu. segar mata, hilang ngantuk dengar ucapan pengetua |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif replied at 13-1-2023 04:03 AM
dulu time sekolah, budak perempuan umo 13 tahun bergaduh berebut jantan waktu perhimpunan. havoc gil ...
Aiol suka je kalau ada drama begini di sekolah. Idok la bosan sangat kehidupan sebagai pelajar. Sekolah aiol dulu pun sekolah rempit banyak kes ntah hapa2 tapi rasa seronok ja bersekolah masa tu sebab ramai kawan sekepala di sekolah pehtu hidup hepi2 sebagai remaja. |
|
|
|
|
|
|
|
sama je perangainya wpun dari 2 benua berbeza. |
|
|
|
|
|
|
|
mana muke jantan rebutan ittew... |
|
|
|
|
|
|
| |
|