CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 2

Melecur Teruk, Api Sambar Muka Dan Badan Sebab Penyala Hot Pot Meletup, Tauke Kedai Bayar Pampasan RM3 Ribu Je

[Copy link]
Post time 12-1-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Melecur teruk selepas penyala ‘hot pot’ meletup, seorang pemuda mendakwa hanya dibayar pampasan sebanyak RM3,000 oleh pemilik sebuah restoran di Kuala Lumpur dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.


Menurut Jason Chiu dalam satu hantaran di Facebook, ketika dia dan keluarga sedang menikmati hidangan di restoran itu pada malam 11 September lalu, dua daripada empat sumber api bagi ‘hot pot’ tersebut padam dan kemudiannya dibantu seorang pelayan.










“Bekas gel itu menyala semula tetapi tidak lama kemudian, dua lagi turut terpadam tetapi pelayan lain datang bantu dan menggoncang bekas gel dengan kuat sehingga menyebabkannya terbakar.


“Api menyambar muka, belakang saya ketika itu dan ayah serta ibu bantu padamkan,” katanya.


Namun katanya, pekerja mereka hanya berdiri di situ selama lima minit pertama, sebelum seorang daripadanya mendapatkan alat pemadam api untuk memadam kebakaran.


Mereka sekeluarga kemudiannya dihantar ke hospital ekoran kejadian tersebut dan dimaklumkan pemilik restoran bahawa mereka akan bertanggungjawab ke atas kos perubatan yang dikenakan.


“Keluarga memutuskan untuk menggunakan insurans sendiri terlebih dahulu untuk memastikan mereka akan mendapat rawatan secepat mungkin dan saya mengalami kebakaran tahap dua dengan tempoh sebulan untuk pulih.


“Pada Oktober, saya kembali dan cadangkan pelan pampasan namun pemilik restoran meminta tempoh seminggu.


“Kami sedar mereka sengaja melengah-lengahkan tetapi melihatkan mereka ikhlas jadi kami pilih selesaikan secara tertutup. Namun sebulan kemudian kami menerima notis mengatakan permohonan kami ditolak,” katanya.







Menurutnya lagi, mereka hanya menawarkan pampasan yang tidak munasabah iaitu pakej RM3,000 berupa wang tunai RM2,000 dan baucar kedai mereka RM1,000,” katanya.


Katanya, yuran pengajiannya juga kini berjumlah RM10,000 kerana tidak hadir selama sebulan dan pakaiannya berharga sekitar RM500 manakala gaji bekerja sambilan berjumlah RM5,000.


“Kami telah gunakan saluran undang-undang untuk keadilan. Apa yang kami mahu bukan wang tapi keadilan,” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Report pada tu Tribunal Pengguna.
Siannya dia.
Sure sakit tu.

Pekerja pulak mana ada ambil safety training from bomba, majikan pun tak nak bayar training macam tu, mahal.
Sebab tu berdiri.
Lagi pun if salah tolong kena pulak pada dorang.
Majikan kena ada fire extinguisher dalam domestic dia.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 10:31 AM | Show all posts
besela tu xdenya nak btggjwab. pastu sia offer voucer lg. ko ingt dah kena kat situ pastu expct nk dtg mkn situ lagi ke cam vodo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.040122 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list