View: 447|Reply: 0
|
Budak 6 Tahun Maut Dihempap Pokok Reput Ketika Main Di Sekolah
[Copy link]
|
|
Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut secara tragis selepas dihempap sebatang pokok reput yang tumbang ketika sedang bermain di perkarangan sebuah sekolah di United Kingdom (UK), tiga tahun lalu.
Lapor Daily Mail, Ella Henderson sedang bermain bersama rakan-rakannya di pekarangan Gosforth Park First School di Newcastle.
Ketika kejadian, sebahagian pokok willow yang reput, tumbang ke arah Ella lalu menghempap badan mangsa.
Kejadian itu berlaku pada 25 September 2020 dan Ella meninggal dunia pada keesokan harinya.
Mahkamah Majistret South Tyneside mengenakan denda sebanyak 280,000 pound (RM1.49 juta) ke atas Majlis Perbandaran Newcastle kerana gagal menebang pokok yang reput sehingga menyebabkan insiden itu berlaku.
Majlis Perbandaran Newcastle mengaku bersalah gagal memastikan keselamatan Ella dan orang lain di sekolah itu di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan di Tempat Kerja.
Dalam sesi pendengaran, mahkamah dimaklumkan bahawa pokok itu dikesan menunjukkan tanda-tanda reput oleh pakar arboris bertauliah seawal 23 Februari 2018 apabila diarah melakukan pemeriksaan lanjut.
Bagaimanapun, ia dijalankan oleh pasukan kurang berkelayakan sehingga akhirnya keadaan bahaya yang timbul itu tidak dapat dielakkan.
Sementara itu, ibu bapa mangsa, Vikki dan Neil Henderson berasa sedih dengan insiden menimpa anaknya dan berharap perkara itu tidak berulang pada kanak-kanak lain.
“Kami memohon semua pihak berkaitan mengambil iktibar daripada pengajaran ini,” katanya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
| |
|