CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

509,000 Pekerjaan Baru Direkodkan, Orang Korea Selatan ‘Ketagih’ Bekerja?

[Copy link]
Post time 12-1-2023 02:37 PM | Show all posts |Read mode
Korea Selatan mencatat kadar pertambahan pekerjaan tertinggi dalam tempoh lebih 20 tahun, demikian menurut data diterbitkan kelmarin ketika Seoul beransur pulih kepada situasi sebelum pandemik, lapor agensi berita Yonhap.


Menurut data Perangkaan Korea, bilangan individu yang bekerja meningkat sebanyak 816,000 orang pada 2022 berbanding tahun sebelumnya.


Ia merupakan angka tertinggi sejak tahun 2000, apabila Korea Selatan melaporkan peningkatan sebanyak 882,000 orang pada tahun tersebut.




Peniaga mata wang memantau kadar pertukaran asing di hadapan skrin komputer di Hana Bank, Seoul, pada 18 Februari 2022. – AFP





Kadar pekerjaan tahun lepas juga menandakan lonjakan ketara daripada 370,000 pertumbuhan yang dicatatkan pada 2021.


Bagi Disember sahaja, sebanyak 509,000 pekerjaan baharu direkodkan negara itu.


Meskipun Korea Selatan mencatatkan pertambahan pekerjaan bagi tempoh 22 bulan berturut-turut pada Disember lalu, pertumbuhan kekal perlahan untuk tempoh tujuh bulan berturut-turut ketika dunia bimbang mengenai kegawatan ekonomi.


Data terbaharu itu muncul ketika Bank Pusat Korea melaksanakan dasar monetari ketat secara agresif bertujuan menurunkan kadar inflasi.


Kenaikan kos pinjaman lazimnya menjejaskan pekerjaan apabila perniagaan dan isi rumah mengurangkan perbelanjaan mereka.


Bank pusat meningkatkan kadar penanda aras secara keseluruhan sebanyak 2.75 peratus sejak Ogos 2021 kepada kadar semasa iaitu 3.25 peratus bagi menurunkan inflasi.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.176440 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list