CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 948|Reply: 13

Tuduh Ada Hubungan Sulit Dengan Lelaki Lain, Anak Belasah Dan Ugut Nak Bunuh Ibu Kandung Sendiri

[Copy link]
Post time 12-1-2023 10:35 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA : Tindakan seorang lelaki mengugut untuk membunuh ibu kandungnya kerana mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain selepas kematian bapanya mengundang padah apabila dia diberkas semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, suspek iaitu lelaki berusia 35 tahun menyerang mangsa berusia 58 tahun di kedainya di Taman Perindustrian Puchong Utama, dekat sini, selepas memarahi mangsa.


Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, selepas mangsa dimarahi, suspek kemudian memukul muka mangsa menggunakan sekeping fail dan mengugut mahu membunuh mangsa yang juga ibu kandung suspek.


Gambar Hiasan




“Punca kejadian kerana suspek menuduh pengadu mempunyai hubungan dengan lelaki lain selepas kematian bapanya.


“Suspek sudah ditahan kira-kira pukul 11.30 malam, semalam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Rumahtangga dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.


Mengulas lanjut, kata Wan Azlan, ujian awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.


“Semakan lanjut rekod jenayah juga mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau termasuk jenayah dan narkotik.


“Suspek dibenarkan reman selama tiga hari bermula 11 sehingga 13 Januari.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan ugutan jenayah yang mendatangkan ketakutan menyebabkan kecederaan,”jelasnya.


Kata beliau, orang ramai dinasihati supaya mematuhi undang-undang Malaysia dan tidak berkelakuan melampaui batas.


“Pihak polis juga amat mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) untuk tindakan lanjut.


“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” katanya. –CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa ko tak belasah scandal taguna tu sekali
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Keyword nya positif dadah
So xperlu nak komen byk
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 12:06 PM | Show all posts
Zack8hunter replied at 12-1-2023 10:47 AM
kenapa ko tak belasah scandal taguna tu sekali

Mana ko tau scandal taguna?

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 12:53 PM | Show all posts
marah mak dah tak bagi duit la tu..
dasar taik dadah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak nk kuar dari hidup dgn taik dadah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2023 03:31 PM | Show all posts
Elok la pun kena tangkap mereput je la dalam penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah..mak kau tu dikkkk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa apa
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti kes pakwe baru mak dia ni dok nasihat jgn bg duit kt taik pit tak guna ni tu yg mengamok tu
Scandal celah mana kalau pak hg tu dah meninggal taik pit oii
Lain la pak hg dok hidup lagi mak hg dok berjimba dgn jntan lain
Dasar taik pit satu sen pon tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 10:24 AM | Show all posts
skandal celah mane lu bapak ko dh meninggal?tkt xdpt duit la tu nk beli dadah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 10:29 AM | Show all posts
derhaka masuk neraka
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Gitu la kalo merajakan anak jantan selama ni
Last2 jd la taik dadah
Skang dh berani pukul2 mak sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2023 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
biar la mak tu nak ada bff ke bf ke dah laki pun takdak dan asalkan bukan rembat org punya.
eh ko pun takde life ke umur dah 35 sakan dok sekat2 hidup maknya.main ugut2 plak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.514698 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list