CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 1

Bomba Datang Tadika, Keluarkan Kepala Budak Tersepit Kerusi

[Copy link]
Post time 11-1-2023 08:30 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan kira-kira 15 minit apabila kepalanya tersepit pada kerusi di sebuah tadika di Sekinchan di sini, pada Rabu.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, kejadian jam 11.37 pagi itu melibatkan mangsa berusia enam tahun ketika sesi pembelajaran di tadika tersebut.




Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak yang tersepit pada kerusi di sebuah tadika di Sekinchan pada Rabu.





Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada pihak tadika pada jam 11.42 pagi.


"Seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan bergegas ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Norazam berkata, sejurus tiba di lokasi, pasukannya mendapati kepala kanak-kanak lelaki itu masih tersepit pada kerusi tersebut.


Ujar beliau, anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa dalam tempoh lima minit.


"Operasi berjalan lancar dan tamat sepenuhnya jam 11.54 pagi dan kita dapati murid itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


"Mangsa kemudian diserahkan kepada pengurusan tadika bagi urusan lanjut," ujarnya.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2023 08:44 AM | Show all posts
Kalau nama nya ahli bomba ni bukan ilmu dengan skill je, memang kena logic+creativity to the max.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.976958 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list