CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 295|Reply: 0

[Kedah] 'Black' selesaikan kes dadah dalam 10 minit

[Copy link]
Post time 11-1-2023 03:57 PM | Show all posts |Read mode

G SURESH Kumar (dua kanan) menyerahkan makanan selepas menyampaikan sijil penghargaan dan kalungan pingat kepada anjing pengesan bernama Black. FOTO Hamzah Osman

Langkawi: Seekor anjing Unit K9 Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi dinamakan sebagai 'Black' bersama penjaganya, Lans Koperal Johan Jame menerima sijil penghargaan dan pingat hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk G Suresh Kumar berkata, penghargaan itu diberikan atas kejayaan Johan dan Black mengesan dadah jenis ganja seberat 4.1 gram (g) dalam operasi pada 28 November lalu.

"Dalam operasi itu, Black hanya ambil masa 10 minit untuk menemui ganja itu yang disembunyikan di belakang rumah suspek, walaupun dalam serbuan awal di rumah sama, kami gagal menemui sebarang bahan larangan.

"Kita hargai jasa Black kerana berjaya bantu menyelesaikan kes," katanya pada sidang media di Bahagian Bantuan Teknik D6 di sini.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari, Timbalan Ketua JSJ negeri, Superintendan Mohd Naim Asnawi dan Timbalan Ketua Polis Daerah Langkawi Superintendan Samsulmuddin Sulaiman.

Black yang berusia lima tahun adalah anjing daripada baka Labrador yang ditempatkan di Unit K9 Langkawi sejak April 2021 dan terbabit dalam pelbagai operasi jenayah, terutama dadah ketika ini.

Suresh berkata, pihaknya berhasrat menambah jumlah anjing pengesan di Unit K9 Langkawi berdasarkan jumlah kes yang semakin meningkat selain kemudahan lengkap dimiliki Bahagian Bantuan Teknik D6.

Katanya, ketika ini unit itu memiliki empat anjing pengesan dengan dua daripadanya adalah bagi membantu dalam kes jenayah dan masing-masing seekor bagi mengesan bahan letupan dan dadah.

"Kompleks Unit K9 Langkawi memiliki fasiliti tersendiri yang sempurna termasuk 10 kandang dan kawasan latihan serta terasing daripada persekitaran kepolisian apabila kedudukannya jauh dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

"Kita lihat memang ada keperluan menambah anjing pengesan dalam tugasan mengesan bahan letupan dan dadah kerana sebagai pulau pelancongan, pergerakan keluar masuk orang ramai adalah besar, jadi seekor anjing tidak cukup," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adah-dalam-10-minit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.133381 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list