CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 240|Reply: 0

[Perlis] Isu perkauman: Jangan curah minyak ke dalam api - Raja Perlis

[Copy link]
Post time 11-1-2023 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Isu perkauman: Jangan curah minyak ke dalam api - Raja Perlis

11 Januari 2023   02:21pm






Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail




KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar mana-mana pihak tidak ‘mencurahkan minyak ke dalam api’ atau memburukkan lagi keadaan, terutama apabila membangkitkan isu perkauman yang mampu meruntuhkan semangat perpaduan di negara ini.

"Semua pihak tidak kira asal usul, latar belakang, status, haruslah sentiasa berusaha untuk saling faham memahami antara satu sama lain dan cuba lebih mengenali latar belakang semua kaum bagi menyemai semangat perpaduan yang tinggi untuk lebih bertoleransi,” titah baginda menerusi kenyataan oleh Istana Arau pada Rabu.

Menurut kenyataan itu baginda bertitah demikian ketika berkenan menerima sembah menghadap Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang di Balai Menghadap Biru, Istana Arau, pada Selasa.

Berangkat sama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Indera Noridah Abdul Rahim dan Ketua Pengarah Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Bahrin A.Kassim.



Baginda turut berkongsi pengalaman peribadi semasa berkhidmat sebagai pegawai tentera dalam Kor Peninjau Di Raja (kini dikenali sebagai Kor Armor DiRaja) ketika negara bergelut dengan ancaman komunis, konfrontasi dengan Indonesia serta peristiwa 13 Mei.

Baginda bertitah anggota pasukan itu merupakan campuran pelbagai bangsa serta agama dan mempunyai semangat perpaduan yang amat tinggi bukan sahaja dalam melaksanakan tugasan, malah saling membantu walaupun di luar waktu kerja. - Bernama


sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.051063 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list