CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 1

Yuran Mahal, Sekolah Jauh- Lelaki 8 Isteri Nekad Bina Sekolah Sendiri Untuk 50 Anak

[Copy link]
Post time 11-1-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode
NAIROBI, KENYA – Seorang lelaki di  Kenya yang memiliki lapan isteri dan lebih 50 orang anak bakal membina sebuah sekolah untuk anak-anak yang akan ditempatkan berdekatan dengan rumahnya, lapor laman berita Legit.


Lelaki dikenali sebagai Kadel itu berkata, tujuan dia berbuat demikian adalah kerana jarak dari rumah ke sekolah amat jauh.


Lelaki itu turut menyalahkan kos tinggi untuk untuk anak-anak memasuki sekolah sebagai alasan lain untuk dia membina kemudahan tersebut.


Menurut laporan saluran YouTube Afrimax English, Kadel juga akan mengupah sendiri guru-guru untuk mengajar anak-anaknya.




Foto: Opera News




Lelaki yang hidup bahagia bersama lapan isterinya itu juga tidak menolak kemungkinan untuk berkahwin lain. Setiap isteri yang baru dikahwini juga mempunyai tugas untuk mencari isteri seterusnya buat Kadel.


Kisah mengenai Kadel mendapat perhatian pengguna media sosial dengan ramai memberikan pelbagai komen.


“Mengapa isteri-isterinya kelihatan sedih namun dia (Kadel) kelihatan amat gembira,” kata seorang netizen.


“Kemiskinan akan membuatkan seorang wanita sanggup melakukan apa sahaja. Jika dia benar-benar kaya, mengapa anak-anaknya memakai pakaian koyak?” ujar pengguna lain. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2023 10:23 AM | Show all posts
ko nk wape la anak ramai2 alahaii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.042676 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list