View: 452|Reply: 2
|
Penjaga Songlap Duit Warga Emas, Shopping Barang Kemas Online
[Copy link]
|
|
Helah seorang lelaki warga Filipina yang membeli barang kemas secara dalam talian menggunakan wang simpanan milik seorang warga emas terbongkar selepas dia ditahan polis pada 3 Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 85 tahun mengenai perkara itu pada 20 Disember lalu.
"Semasa mangsa berada di cawangan bank tempatan yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, dia membuat semakan terperinci terhadap penyata akaun bank miliknya jam 10.30 pagi, 20 Disember lalu.
Gambar hiasan
"Semakan dilakukan mendapati terdapat penolakan wang mulai September hingga bulan Disember lalu bagi tujuan jualan debit dianggarkan berjumlah RM47,940.
"Menurut mangsa, dia tidak membuat sebarang perbankan dalam talian dan kad ATM berada dalam simpanannya sepanjang transaksi itu dibuat," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Susulan itu, katanya, pihak polis menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 37 tahun itu di Taman Tun Dr Ismail, jam 7.45 malam pada 3 Disember lalu.
"Siasatan awal dilakukan mendapati suspek ditugaskan sebagai penjaga mangsa yang mempunyai masalah kesihatan sejak 2 Mei tahun lalu.
"Suspek mengakui menggunakan kad ATM milik mangsa untuk membuat 19 kali transaksi bagi pembelian barangan seperti gelang emas tangan, jongkong emas dan rantai emas melalui sebuah platform e-dagang.
"Lelaki itu juga dipercayai menjual barangan berkenaan di sekitar ibu kota ini dengan wang hasil jualan barangan kemas terbabit digunakan untuk kegunaan peribadinya," katanya.
Beliau berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendedahkan data peribadi atau maklumat perbankan kepada mana-mana individu tidak dikenali.
"Buat semakan nombor telefon dan nombor akaun di laman web htpp://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi.
"Sila laporkan kepada CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599 jika mempunyai maklumat berkaitan sindiket penipuan," katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan jenayah atau aktiviti mencurigakan boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur
di talian 03-21460584/0585 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan di negara Filipina tadi...rupanya berita tempatan |
|
|
|
|
|
|
|
Suspek ditugaskan sebagai penjaga mangsa tapi amik kesempatan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|