View: 981|Reply: 14
|
Ustzah Guna Perubatan Sunah Dakwa Boleh Ubati Segala Jenis Penyakit, Pengikut Habis Berpuluh Ribu Tapi Tak Sembuh-Sembuh
[Copy link]
|
|
Shah Alam: Khidmat Guam sedang mengumpul dan meneliti bukti berkaitan seorang ustazah yang didakwa memanipulasi perubatan sunah untuk kepentingan diri.
Pengarah Advokasinya Mahmud Jumaat berkata, berdasarkan pertemuan dengan pengadu sebelum ini, pihaknya mendapati wujud unsur penipuan dilakukan wanita yang sering mengundang kontroversi itu termasuk ugutan dan transaksi wang dalam jumlah yang besar.
Katanya, pihaknya juga mendapati ustazah berkenaan turut menggunakan elemen agama untuk melariskan ubat-ubatan tanpa ada perakuan daripada pihak berkuasa kesihatan negara.
 Gambar Hiasan
"Khidmat Guam percaya lebih ramai mangsa yang terpedaya dengan helah ustazah ini.
"Selain mempunyai beberapa akaun Facebook, dia juga dikesan aktif (membuat live) di Youtube dan kita akan semak sama ada terdapat unsur penipuan.
"Buat masa ini, Khidmat Guam masih mengumpul bukti untuk dan akan membawa perkara ini ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut," katanya.
Mahmud berkata, berdasarkan keterangan mangsa, ustazah berkenaan juga ada menganjurkan kelas di beberapa lokasi seluruh negara dengan jumlah pengikut yang ramai.
Menurutnya, keadaan itu menjadikan 'pengikutnya' taasub dengan usaha wanita berkenaan kononnya mengangkat perubatan sunnah di negara ini.
"Apa pun, kita tunggu perkembangan untuk bawa kes ini kepada pihak berwajib," katanya dalam satu kenyataan.
Berhabis RM13k didakwa ada kanser tahap 4
"Saya terpengaruh dengan kata-katanya selepas didakwa menghidap kanser tahap empat selepas anggota badan diimbas dua tahun lalu menyebabkan sanggup berhabis hampir RM13,000 untuk berubat termasuk membeli ubat yang dijualnya."
Begitu kata bekas pengikut ustazah kontroversi yang mahu dikenali sebagai Laila, 40-an apabila mendakwa menjadi mangsa penipuan selepas menyedari dirinya tidak menghidap kanser tahap empat selepas membuat pemeriksaan kesihatan di hospital.
Menceritakan detik perkenalan dengan ustazah terbabit, Laila berkata, pada mulanya dia menyertai kumpulan Telegram perubatan sunah itu, dua tahun lalu sebelum tertarik untuk menjadi ahli.
Katanya, ustazah itu menjelaskan perubatan moden adalah kaedah orang kafir, malah ubat moden didakwa bercampur dengan bahan haram.
"Semua barang kegunaan keluarga saya kemudian ditukar kepada barangan sunah yang dijual ustazah terbabit sehingga susu anak pun ustazah suruh tukar dengan serbuk coklat yang dijualnya.
"Sehinggalah pada satu hari, ustazah memeriksa badan saya dengan tangan dan mengatakan saya menghidap kanser kronik. Maka saya perlu membeli pakej rawatan permulaan iaitu RM2,000," katanya.
Katanya, dia diarahkan untuk mengamalkan ubat sunah yang diberi dengan kerap iaitu makan setiap 10 minit dan disapu setiap jam sehingga mengalami alahan teruk.
"Ustazah itu suruh teruskan kerana katanya kesan yang berlaku kerana racun keluar dari badan. Itu juga yang ditekankan kepada pesakit lain.
"Tetapi saya tidak sanggup untuk teruskan kerana sangat menyeksakan dan hampir kemurungan memikirkan kanser dihidapi," katanya.
Menurut Laila, dia kemudian terfikir bahawa dirinya adalah individu sihat tanpa gejala kanser selain tiada masalah ketika membuat saringan kesihatan sebelum ini.
"Maka saya mula syak sesuatu yang pelik dengan penyakit kanser kronik yang didiagnos oleh ustazah terbabit. Saya membuat pemeriksaan kesihatan sekali lagi dan didapati tidak menghidap kanser.
"Saya mengira jumlah pelaburan membeli ubat sunnah beliau dan mendapati kos mencecah kira-kira RM13,000," katanya.
Tengok lidah, badan dah tahu sakit apa
Hanya dengan melihat gambar lidah dan tubuh ketika sesi rawatan mampu mengenal pasti tahap penyakit seseorang sama ada kronik atau sebaliknya, selain kononnya boleh berubat secara jarak jauh dengan hanya mengikut arahan.
Itu doktrin pelik yang dilakukan seorang ustazah apabila mendakwa mampu merawat penyakit pengikutnya secara sunah tanpa perlu pergi ke hospital serta menerima rawatan perubatan moden yang dianggapnya beracun dan menyimpang daripada ajaran Islam.
Malah, dengan hanya menyentuh dan memeriksa tubuh pengikutnya, ustazah terbabit mendakwa mampu mengenal pasti penyakit dihadapi mereka sebelum mempromosikan ubat sunnah dengan jualan harga tidak masuk akal.
Bagaimanapun, dek kerana taasub menyebabkan ada pengikut sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli ubat-ubatan didakwa mengikut sunnah berkenaan.
Difahamkan, pengikut wanita terbabit yang menyertai kumpulan aplikasi Telegram bagi mempromosi perubatan sunnah kini mencecah 3,000 orang dan ada dalam kalangan mereka bergelar doktor, guru dan sebagainya.
Menurut sumber, lebih licik bagi menggelak dirinya dikesan, ustazah berkenaan tidak pernah mendedahkan kepada pengikutnya tempat tinggal sebenarnya, malah berpindah-randah dengan memberi alasan bimbang diculik oleh golongan pembenci sunah.
"Bagaimanapun, kegiatan ustazah terbabit mula menjadi tanda tanya dalam kalangan pengikut selepas ada yang berhabis ribuan ringgit, namun penyakit tidak sembuh.
"Malah, pengikut yang menerima rawatan dengannya juga perlu membeli barangan sunah daripadanya sahaja dan tidak boleh melalui perantara kononnya aura ubat itu akan hilang kerana hanya dirinya yang mampu merawat," katanya.
"Jadi orang Islam wajib berubat dengan perubatan sunah 100 peratus, malah pelbagai dalil bahawa perubatan moden dikatakan menipu, ubat-ubat moden diperbuat daripada bahan haram dan buruk.
"Manakala, doktor didakwa bertindak sebagai jurujual untuk menjual ubat dan ada satu dalil mengatakan dengan bekerja sebagai doktor, seseorang berisiko masuk neraka.
"Ustazah terbabit juga mendakwa ubat sunah yang dijual (orang lain) tidak asli dan mengandungi bahan kimia berbahaya, berbeza dengan ubat sunah yang disediakan oleh beliau adalah asli serta boleh merawat segala jenis penyakit zahir dan batin.
"Tidak kira penyakit kronik apa pun, semua boleh diubati oleh beliau," katanya.
Menurutnya, harga ubat sunah juga tidak masuk akal seperti kit kecemasan dijual pada harga RM600 sedangkan di pasaran hanya sekitar RM20 namun ada pengikut yang taasub sanggup membelinya.
Katanya, selain itu ubat-ubatan yang dijual wanita berkenaan juga dipercayai tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau juga dikatakan turut menjual emas dengan harga lebih mahal untuk tujuan perubatan di mana pesakit yang mempunyai masalah jantung perlu memakai rantai emas berloket yang didakwa mampu merawat penyakit.
Selain itu, beliau juga menjual sutera gred perubatan, kosmetik sunah, alat mekap, pencuci muka, serum serta makanan dan serbuk minuman sunah pada harga sangat mahal.
"Malah, ustazah terbabit juga didakwa cuba membuka perkampungan sunah dan menawarkan kepada pengikutnya untuk membuat pembayaran jika ada yang berminat.
"Hal itu menyebabkan ada pengikutnya sanggup membayar berbelas ribu untuk membuat tempahan namun akhirnya perkampungan itu tidak dilaksanakan sehingga kini," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Beksin tersenyum sinis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Afifah kutu la tu kot yg dimaksudkan.
Yg mengikut si afifah ni pun satu, pernah ke korg baca dkt mana2 nabi mengubat org pakai scan2 tangan je. Sedangkan nabi pun tak buat, ni entah sapa2 mengaku, boleh plak korang percaya.
Tak cukup kenal nabi rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
Orang melayu mudah ditipu orang yg guna modal agama |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by _blackbird at 9-1-2023 01:03 PM
Ini lah akibat nya bila tak belajor sains & tak rajin baca sejarah dan buku ilmiah yg betul. Kalau tgk betul2 ingredient yg ubat2 modern guna pon mmg derive dari element2 alami, cuma yelah zaman skang ni cth nak dptkan aspirin gigih ke kita nak gi cari kulit kayu willow. tumbuk2 bakar nak asingkan lagi member tu dah meraung kesakitan dah, aspirin tak siap lagi. Ermm ini pendapat aku lah. Kalau betul lah kan seperti yg di claim perubatan sunnah guna habatussauda, madu, air zam zam ni ubat segala penyakit, ibnu sina tu tak wujud k buku dia berjilid2 pasa ilmu perubatan. Maknanya nabi pon menerima perubatan dan pandangan pakar pada zaman dia lah & menggalakkan juga kaji2an utk improve perubatan |
|
|
|
|
|
|
|
Btw sapa setajah ni? Tajah pipah susu kutu ka |
|
|
|
|
|
|
|
Memang dia kah yg viral haritu. Patutla bukan main cakap isu bukan2. Rupanya nk lariskan biz semata |
|
|
|
|
|
|
|
Jual produk bersalutkan nama nabi dan agama.
Harga pulak Tel Aviv. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ada klik link telegram utk rawatan AEFI tahun lps. Sejak tu nombor iols diadd dlm pelbagai group2 telegram pelaburan islam, dinar, rawatan dan mcm2 lg lah yg bertemakan agama. Last2 iols x jd pun rawatan AEFI sbb iols suspicous mcm mana nombor iols bole diadd dlm pelbagai group sebaik sahaja iols join telegram rawatan AEFI tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols beli produk kapir mcm kordels dan blackmores. Nak murah skit beli yg local mcm pharmaniaga.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gelaran ustaz dn ustazah ni, tak boleh ke JAKIM berbuat sesuatu iaitu mengharamkan peggunaan gelaran trs. kpd mereka yg tak ada tauliah. Muaklah dgn orang2 yg syok sendiri menggelar diri ustaz-ustazah tapi mengotorkan gelaran trs. Orang2 pun mudah no nak gelar/panggil mereka ustaz-ustazah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ustazah hidung serombong mata berkelip-kelip tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada tgk kat tiktok ada sorng ni mnkotkan slalu buat live nk ubat penyakit. apa nth nama dia lupa |
|
|
|
|
|
|
| |
|