View: 708|Reply: 6
|
Lelaki Naik Motor 'Main Kejar-Kejar' Dengan Polis, Ke Hulu Hilir Sampai Nak Terjun Dari Atas Lebuh Raya
[Copy link]
|
|
Gelagat seorang penunggang motosikal menarik perhatian ramai apabila lelaki itu berlari ke hulu hilir selepas dikejar anggota polis trafik.
Berdasarkan video dimuat naik @aemieruls_ di media sosial, lelaki terbabit kelihatan begitu panik dan takut sehingga dia hampir mahu terjun dari atas sebuah lebuh raya.
“Boleh pula dia bermain kejar-kejar dengan polis,” katanya menerusi ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen ‘terhibur’ dengan gelagat individu yang kalut melarikan diri itu.
“Sejurus memandang ke bawah, secara tidak langsung terbatal niat hendak terjun,” ciap seorang pengguna, @thefarahwany.
“Sesuai dengan lagu TikTok yang tular, ‘semakin ku kejar, semakin kau jauh’,” seloroh @matchaxjaehyun pula. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha
Memang lawak betul tengok adegan nak terjun jambatan tapi tak jadi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SalenaGomez at 9-1-2023 08:00 PM
Bawak dadah ke yg ketakutan sangat tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tgh high kot...ingatkn salah satu adegan kejat mengejar dlm gerak khas |
|
|
|
|
|
|
|
Akak believe there’s darker side to this story sis. Dia punya takut tu sebab macam tak rela kena penjara more than 2 years gayyyytuh sis. |
|
|
|
|
|
|
| |
|