CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 627|Reply: 3

Wanita Sanggup Cukur Kepala Bagi Nampak Botak, Tipu Hidap Kanser Untuk Bolot Duit Sumbangan

[Copy link]
Post time 9-1-2023 03:19 PM | Show all posts |Read mode
BRASILIA – Seorang wanita di Brazil memalsukan diagnosis kanser bagi menipu orang ramai untuk memberikan wang kepadanya, lapor akhbar Daily Mirror.


Camilla Maria Barbosa dos Santos, 27, didakwa mencukur rambutnya supaya kelihatan seperti sedang menjalani rawatan kemoterapi dan berbohong kepada orang ramai mengenai penyakit itu.


Wanita yang pernah disiasat atas kes penyelewengan itu memberitahu orang ramai bahawa dia mengumpul dana untuk rawatan.


Dia turut memberitahu polis bahawa dia didiagnos dengan kanser payudara pada 2017 dan sel kansernya telah berkurang.




Foto: Jam Press




Suspek kemudian mendakwa sel kansernya kembali pada tahun lalu yang merebak ke paru-paru dan ususnya selepas dijangkiti denggi. Polis bagaimanapun mendapati wanita itu gagal megemukakan bukti diagnosisnya.


Penyiasat polis mula melakukan siasatan ke atas suspek selepas beberapa penderma yang memberikan wang dan membayar ubatnya menjadi curiga tentang sikap wanita itu.


Polis juga mula menerima aduan mengenai pengumpulan dana sumbangan orang ramai dua bulan lalu sebelum siasatan dimuktamadkan pada 5 Januari lepas.


Selain tiada diagnosis rasmi, Hospital Araujo Jorge, iaitu tempat di mana Camilla mendakwa dia menjalani rawatan sejak Julai lalu juga menafikan bahawa dia ialah pesakit di sana.


Pihak hospital menafikan suspek menjalani tujuh rawatan kemoterapi dalam tempoh empat bulan di situ, selain menolak dakwaan rawatannya ditangguhkan kerana mereka kehilangan rekod perubatannya.


Polis mengesahkan bahawa suspek belum ditahan dan mengeluarkan imejnya supaya dapat mengenal pasti mangsa lain. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 03:49 PM | Show all posts
Sama le mcm kat ig yg jual serunding apis tu asyik guna ayat yg sama jahh yg mak dia sakit tu.. ape cerr....ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Scam jugak ke? Selalu jer pop up dekat ig. Pelik juga sampai dia boleh advertise dekat ig minta sumbangan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2023 08:15 AM | Show all posts
klau org mlysia mmg beriban la ko dpt derma malaysia kan terpaling derma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.101045 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list