View: 697|Reply: 5
|
RM1000! Ramai Marah Kompaun Tak Masuk Akal, Apa Ni MP Klang?
[Copy link]
|
|
Klang: Kira-kira 30 pemilik kenderaan mempersoal tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang mengeluarkan kompaun berjumlah RM1,000 kerana meletakkan kenderaan di padang di Dewan Eng Ann, Taman Eng Ann disini, hari ini.
Mereka meletakkan kenderaan itu selepas menghadiri pertandingan taekwando di dewan berkenaan yang dianjurkan peringkat daerah.
Seorang pengguna yang mahu dikenali sebagai Nantharajan, 43, berkata, dia terkejut selepas melihat jumlah saman yang dikeluarkan MPK itu.
 Foto: Harian Metro
"Saya pelik kerana program yang dihadiri hari ini adalah pada hari cuti iaitu hari Ahad. Jumlah kompaun itu sangat tidak masuk akal.
"Kebanyakan yang hadir pada hari ini adalah ibu bapa dari pelbagai sekolah di seluruh daerah ini, memandangkan kawasan ini adalah taman perumahan dan pada itu tidak mempunya papan tanda larangan memakir kenderaan ianya amat tidak adil kepada kami," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna yang mahu dikenali sebagai Hafiz, 37, meluahkan rasa kekecewaan keatas sikap tidak bertimbang rasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
"Saya sangat kesal. Mereka sepatutnya bertimbang rasa kerana padang itu adalah hak milik awam, memang mempunyai akses jalan untuk letak di kawasan pinggir padang.
"Sepatutnya penguatkuasa boleh memberi amaran dengan membuat pengumuman terlebih dahulu kerana kami hanya berada di dalam dewan berkenaan," katanya.
Katanya, dia memohon Yang Dipertua (YDP) MPk untuk mengambil tindakan sewajarnya susulan pengeluaran kompaun yang tidak adil dan jumlah yang tinggi itu.
"Kami mohon MPK lebih bertimbang rasa. Jumlah RM1,000 bukanlah jumlah yang sedikit, bayangkan jika hampir semua kenderaan yang dipakir dikenakan kompaun," katanya.
Sementara itu, pihak MPK ketika dihubungi akan berhubung dengan jabatan berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Alah, buat rayuan nnti, jadilah RM30
Mcm tak biasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni MP isu saman parking ka? Only in Malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
sjela tu cari duit lebeyhh.boleh la deme mting katering tmpah bebanyak. kyg perut org gomen ye dak |
|
|
|
|
|
|
|
MP nak tunjuk buat keja, boleh masuk dlm milestone KPI |
|
|
|
|
|
|
|
bkn plg byk saman salah letak kereta ni rm300 ke? ke ikut majlis perbandaran negeri?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|