CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1284|Reply: 18

Lelaki Buntu Isteri Minta Kahwin Dengan Janda

[Copy link]
Post time 8-1-2023 11:40 PM | Show all posts |Read mode
Satu hantaran tular di media sosial Singapura memaparkan pertanyaan seorang lelaki yang mahu mendapatkan nasihat setelah isterinya meminta dia berkahwin dengan rakan baik wanita berkenaan, lapor laman berita The Independent kelmarin.


Dalam catatan tanpa nama kepada halaman pengakuan popular SGWhispers, lelaki itu menulis: “Sekadar meminta pendapat dan nasihat di sini berkenaan keadaan saya.”




Gambar hiasan




Menurut lelaki tersebut, dia sudah mempunyai dua cahaya mata tetapi isterinya meminta dia berkahwin dengan rakan baik wanita itu yang sudah bercerai dan turut mempunyai dua orang anak.


Tambah lelaki berkenaan, isterinya menjelaskan bahawa jika perkahwinan tersebut berlangsung, dia akan mempunyai seseorang untuk menjaganya. Selain itu, anak-anak rakannya juga akan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.


Pada kebiasaannya, luah lelaki itu, golongan lelaki akan berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri masing-masing tetapi dia menghadapi situasi yang berbeza berbanding orang lain.


Luahan tersebut mendapat perhatian netizen dengan ada yang menggesa dia mengikut kata hatinya untuk membuat keputusan.


Namun, terdapat juga netizen yang berkata bahawa dia masih boleh membantu rakan baik isterinya tanpa perlu mengahwininya.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 12:03 AM | Show all posts
Tu dia, pucuk d cita, ulam mndatang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin bff bini dia tu kurang cantik kot , tu yg gigih tanya pendapat
Selalunya kalau aumm mengamcam , janda anak 5 pun laki mau je
Pelik dok tanya2 pendapat
Samada janda tu tak lawa ataupun laki tu saja je nak humble brag
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di offer ira zakar mesti lelaki tu tak buntu dah [em:3:]
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Try buat syarat the two madu dilarang dekat tengok dorang masih setuju x?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:48 AM | Show all posts
Diluah mati mak, ditelan mati bapak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2023 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-1-2023 09:29 AM
Try buat syarat the two madu dilarang dekat tengok dorang masih setuju x?

Hahahhaha
Kaannn org pikir bini dpt madu
Takut laki sbnrnya dimadukan
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 10:05 AM | Show all posts
opie5662 replied at 9-1-2023 08:58 AM
Kalau di offer ira zakar mesti lelaki tu tak buntu dah [em:3:]

hahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-1-2023 09:29 AM
Try buat syarat the two madu dilarang dekat tengok dorang masih setuju x?

Hahaha terpikir menda sama gak

Kalau kat page Love don’t judge tu bersepah2 kisah sprt
“ I have a girlfriend and a husband”
“ My wife is engaged to another woman”
“ We want a girlfriend to join our relationship”
“ My wife found a girlfriend- now we’re a triad”


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 10:09 AM | Show all posts

Baiknya wife dia ~ untung kawan baik dpt share pisang
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 10:42 AM | Show all posts
Ni cara yg sepatutnya...bukan 4 tahun selingkuh pastu acah-acah tak bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 10:50 AM | Show all posts
Eleh, dia nak bagitau dunia, bini dia bagi dia kawin lagi jer tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin laki dia tak guna dan tak boleh diharap, sebab tu bini nak madu supaya laki tak mnyusahkan hidup dia, boleh sama² pikul berat bebanan biawak bersama madu.
Agituu i shamingkan sedare ini.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 01:40 PM | Show all posts
Kalau aku lah, tak mau nya nak share pisang..yuckss.. pisang tu kena basuh dengan dettol pun aku tak mau, sikit sebanyak sisa sisa kuman tentu masih ada kat salur urethra tu yuckss eii
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Risau bukan apa, sebenarnya nafsu bini dia ke arah sana...kawen laki dpt anak sekadar cukup syarat nak sembunyikan orientasi sebenar. Org kecam dua perempuan bujang sentiasa bersama, tapi memuji ke langit kalau dua madu aman2 bersama. Laki yg dipuji2 plak sebenarnya sekadar "beard" saje.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 04:01 PM | Show all posts
Suchi replied at 9-1-2023 10:07 AM
Hahaha terpikir menda sama gak

Kalau kat page Love don’t judge tu bersepah2 kisah sprt

banyak tol masa diorg, aku yang ber anak dua ni pon rasa ngam2 je masa harian, takde masa nk beramah mesra dgn lain2 nuh.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa x janda tu...klau lawa mesti x buntu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun in english nampak benar hasanah nye..
Time kisah sol popular kat seberang time ni lah bini kau tiba2 nak suro kawin dgn bff dia..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 05:08 PM | Show all posts
buntu ke buntut


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:28 AM GMT+8 , Processed in 1.666861 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list