CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 0

[Perlis] Bot cuba seludup diesel bersubsidi ke negara jiran ditahan APMM

[Copy link]
Post time 7-1-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode

APMM Zon Maritim Kuala Perlis menahan tiga kru bot nelayan termasuk tekong dalam sebuah bot kerana didapati melanggar syarat perikanan termasuk cuba menyeludup diesel bersubsidi ke Thailand di sekitar perairan Kuala Perlis, di sini, semalam. FOTO IHSAN APMM KUALA PERLIS


Kangar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menahan tiga kru bot nelayan termasuk tekong dalam sebuah bot yang didapati cuba menyeludup diesel bersubsidi ke Thailand di sekitar perairan Kuala Perlis, di sini, semalam.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, bot Kelas C nombor pendaftaran PSF2331 ditahan sekitar jam 6.30 petang ketika bot ronda APMM sedang melakukan rondaan Op Aman di sekitar perairan Perlis.

"Tangkapan adalah hasil maklumat risikan dan intipan yang dilakukan oleh Unit Risik Zon Maritim Kuala Perlis (ZMKP) di mana bot nelayan itu ditahan pada kedudukan lebih kurang 1.2 batu nautika dari barat Kuala Perlis.

"Ketika pemeriksaan dilakukan, bot terbabit dikendalikan oleh tekong dan dua awak-awak warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 39 hingga 52 tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas bot itu mendapati, terdapat beberapa unit tong biru berisi air tawar di atas bot dianggarkan 20,000 liter.

"Malah, bot itu juga diubahsuai dengan menambah ruang tangki minyak di bahagian belakang bot yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, air tawar dan diesel adalah sekitar RM 200,800," katanya.

Beliau berkata, segala rampasan dibawa ke jeti APMM Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 (b), Akta Perikanan 1985 kerana mengubahsuai tangki minyak tambahan tanpa kebenaran dan melanggar syarat sah lesen.

"Selain itu juga, suspek turut disiasat mengikut Peraturan 18, kerana tidak memiliki kelulusan Pengarah Jabatan Laut membawa kargo iaitu air tawar menggunakan vesel menangkap ikan," katanya.

Orang ramai dan persatuan nelayan diminta menyalurkan maklumat dan melaporkan aktiviti penyeludupan yang berlaku bagi membanteras penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jiran-ditahan-apmm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.298445 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list