CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2415|Reply: 19

Kematian Mendadak Figura Terkenal China Undang Persoalan

[Copy link]
Post time 6-1-2023 09:26 PM | Show all posts |Read mode
Peningkatan jumlah kematian mendadak di kalangan figura terkenal China menyebabkan sebilangan besar rakyat di sana mempersoalkan angka rasmi kematian disebabkan COVID-19.


Memetik BBC, orang ramai mula mempertikaikan angka rasmi kematian akibat COVID 19 selepas kematian penyanyi opera terkenal, Chu Lanlan, bulan lalu.




Punca kematian secara tiba-tiba penyanyi bersuara soprano berusia 40 tahun itu tidak didedahkan kepada orang ramai. - Twitter/ @jenniferzeng97





Namun begitu, punca kematian secara tiba-tiba penyanyi bersuara soprano berusia 40 tahun itu tidak didedahkan kepada orang ramai.


Menurut Operawire, Chu Lanlan merupakan penyanyi berbakat Opera Peking iaitu teater seni di mana penghibur membuat persembahan menerusi pertuturan, lagu, tarian dan pergerakan pertempuran untuk bercerita termasuk persembahan untuk tujuan amal.


Selain Chu Lanlan, kematian Gong Jintang secara tiba-tiba turut mengejutkan penduduk China. Aktor berusia 83 tahun itu dilaporkan meninggal dunia pada 1 Januari lalu.


Nama Gong menjadi terkenal selepas penampilannya drama bersiri TV paling lama ditayangkan di China bertajuk In-Laws, Out-laws. Punca kematiannya masih tidak jelas namun netizen mengaitkan dengan kematian warga emas yang sebaya dengan pelakon itu.




Kredit: BBC News





Sementara itu, bekas wartawan dan professor pesara dari Universiti Nanjing, Hu Fuming, 87, dilaporkan meninggal dunia pada 2 Januari lalu.


Dalam masa sama, kematian penulis skrip terkenal Ni Zhen, 84, juga menjadi bualan penduduk di China. Beliau terkenal dengan karyanya dalam filem Raise the Red Lantern yang ditayangkan pada 1991.


Bulan lalu, China melonggarkan dasar 'Sifar-COVID-19' selepas ia secara tiba-tiba memansuhkan dasar sifar COVID 19 yang menyaksikan peningkatan kes secara mendadak.




BBC




Terdapat laporan yang memberitahu bahawa hospital dan pusat pembakaran mayat menjadi sesak susulan peningkatan kes.


China tidak lagi mengumumkan angka korban dan kes harian COVID-19 di seluruh republik itu sejak akhir Disember lalu.


Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) memaklumkan langkah terbaharu itu sekali gus menamatkan amalan yang dibuat sejak awal 2020.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur 80 ..takkan masih dikira mati mengejut lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jack maa ada lg ke x
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
akmal replied at 6-1-2023 10:51 PM
Jack maa ada lg ke x

Dgr citer sembunyi di Jepun
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 6-1-2023 10:55 PM
Dgr citer sembunyi di Jepun

Kenapa china buru heols?


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 6-1-2023 11:08 PM
Kenapa china buru heols?

https://www.google.com/amp/s/www.cnbctv18.com/world/explainer-why-jack-ma-facing-trouble-with-chinese-government-8628291.htm/amp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2023 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Manipulasi dan sorokkan data memang kepakaran negara terpaling ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 08:25 AM | Show all posts
china dah makin melampau. public figure yang meninggal pun tak nak didedahkan punca kematian. lepas tu siap ugut nak ambil tindakan pada mana-mana negara yang kawal sempadan dan tapis mana-mana pelawat mereka. padahal dah ada varian baru. lepas tu ada warga china yang positif tapi dapat lari masa nak dikuarantin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2023 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
zarulnazmi replied at 7-1-2023 08:25 AM
china dah makin melampau. public figure yang meninggal pun tak nak didedahkan punca kematian. lepas  ...

rasa dorang sengaja la nak mengelirukan dunia pasal kobid. dlm ramai2 yg disebut sorang je umur 40an yg lain2 mmg standard umur bau tanah
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 6-1-2023 09:54 PM
Umur 80 ..takkan masih dikira mati mengejut lagi..

Hahahahha.. masa mula2 tengok gambo eh muda..

Skali baca berita 80 umurnya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya kat cina sebelum ni bilangan org mati sehari dalam 10 org kot....
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2023 12:48 PM | Show all posts
grouper replied at 7-1-2023 08:54 AM
Agaknya kat cina sebelum ni bilangan org mati sehari dalam 10 org kot....

secara normalnya begitulah
klu sehari mati 100 pun dikira sgt menakutkan

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Generally lawyer AAX kat porum nii..ramai. today rasa cam skett pulak, weekend agak nya..cuti.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 05:26 PM | Show all posts
Kena buat penyisatan dengan telus
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 08:10 PM | Show all posts
takziah kepada keluarge mendiang.

hanya kenal Ariff Rahman Lee Chee Ting and Fan Bing Bing je.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum kobid tiada orang mati kekdahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2023 08:32 AM | Show all posts
20-30an tu boleh la kata mengejut..dh 80an ape yang nak mengejut nye..halalalaaaa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 09:14 AM | Show all posts
Apa nak heran kat china tu.. jgn kata mati, hilang mengejut tanpa apa2 berita pun benda biasa kat sana
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 10:40 AM | Show all posts
Covid akan jadi penyakit yg ditakuti lama di bumi sebelum datangnya wabak penyakit baru
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 01:58 PM | Show all posts
adakah ini agenda mengurangkan populasi dunia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057374 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list