View: 637|Reply: 7
|
Dah Berjaga-jaga Pun, Demam Babi Afrika Masuk Seberang Perai Selatan Juga
[Copy link]
|
|
Penyakit demam babi Afrika atau 'African Swine Fever' (ASF) dikesan menjangkiti babi di sebuah ladang babi di Sungai Bakap di Seberang Perai Selatan, dekat sini dan ladang tersebut telah ditutup bagi menghapuskan ternakan di situ.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang melaksanakan langkah-langkah pencegahan di ladang itu, termasuk menghentikan operasi kenderaan pengangkutan babi rentas negeri.
 Gambar hiasan
"Keseluruhan ladang (babi) itu telah ditutup dan babi sedang dimusnahkan serta ditanam di lokasi pada masa ini, kami mahu membendungnya serta menghalangnya daripada merebak ke ladang babi lain," katanya di sini hari ini.
Chow berkata kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya dan menasihati penternak babi di Pulau Pinang untuk mengambil langkah berjaga-jaga, apabila wabak ASF melanda negeri lain kira-kira dua bulan lalu.
"Namun, di sebalik semua langkah berjaga-jaga ia tetap berlaku dan kita telah merekodkan satu kes ASF di SPS," katanya.
Sumber: BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Dari mana asal usul penyakit ni ye |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota: Dari mana asal usul penyakit n ...
Dh nama demam babi afrika takkan berasal dari kok lanas?
|
|
|
|
|
|
|
|
aku lebih nak tau how it spread, thru human?
ka ada babi migrate
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami sedia tadah bahu..janji jangan pkpbb |
|
|
|
|
|
|
|
Eee bahana apa pulak lg ni x cukup dgn covid. Takkan dah ada kes ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Makin murah la daging babi. Pak Non terpaling tersenyum sinis  |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan stabilkan harga ba*i tersengih sinissss |
|
|
|
|
|
|
| |
|