CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 243|Reply: 1

[Pulau Pinang] Suami isteri mengembara dengan Perodua Kancil usia 25 tahun

[Copy link]
Post time 6-1-2023 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Suami isteri mengembara dengan Perodua Kancil usia 25 tahun



Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my





Tasek Gelugor: "Mereka kata saya buat kerja gila mengembara hingga ke sempadan China dan Thailand guna kereta yang usia mencecah 25 tahun," kata Azman Ali, 49, yang berkongsi pengalaman melakukan pengembaraan menggunakan Perodua Kancil terpakai.

Menurut kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu, pengembaraan dengan kereta terpakai yang dibeli empat tahun lalu itu bukan untuk bermegah-megah sebaliknya ia hanya mahu mencipta kelainan dalam melakar memori di samping mahu membuktikan bahawa kereta jenama tempatan bukan calang-calang.

Menurut bapa kepada dua anak itu, dia bersama isterinya, Nurul Sharil Iryani Ramli, 40 sejak dahulu kerap mengembara ke beberapa negara Asia Tenggara khususnya Thailand dengan menunggang motosikal.

Bagaimanapun katanya, mereka berdua mengubah mod pengangkutan kepada kereta selepas membeli kancil terpakai yang hanya bernilai RM1,500.

"Pada asalnya, kereta ini dibeli untuk anak lelaki saya selepas dia memiliki lesen memandu, namun selepas dia melanjutkan pelajaran ke universiti kereta ini jarang digunakan dan tersadai di rumah.

"Entah bagaimana datang idea apabila isteri mengajak saya menggunakan kereta ini untuk siri jelajah kami yang seterusnya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Permatang Indah di sini, semalam..

Katanya, berbekalkan ilmu berkaitan automotif dia menjelajah ke sempadan China dalam jarak 6,000 kilometer sebelum dunia dilanda wabak Covid-19 dan Disember lalu dia dan isteri mengembara ke Thailand membabitkan perjalanan sejauh 7,700 kilometer dalam masa 20 hari.

Jelasnya, sebelum memulakan ekspedisinya dia kerap melakukan pemeriksaan asas termasuk perihal penjagaan enjin supaya pengembaraan yang dilaksanakan berjalan lancar.

"Perodua Kancil ini masih guna enjin yang asal. Apa yang dilakukan saya hanya menjaga dan memeriksa perkara asas sahaja dan mujur sepanjang pengembaraan melalui jalan berbukit kereta ini tidak menimbulkan masalah," katanya.

Azman berkata, ada kenalan menganggap dia melakukan kerja gila namun tidak menghiraukannya kerana hobinya yang suka mengembara.

"Malah orang tempatan tempat kami singgah di Thailand juga terkejut dengan tindakan saya yang berani memandu kereta lama untuk mengembara hingga mereka minta bergambar.

"Saya kini memasang impian untuk bawa kereta ini pergi ke Tanah Suci Makkah dan saya sedang mengumpul wang bagi melaksanakannya," katanya.

Menurutnya, dia minat mengembara kerana melalui pengembaraan mengajar dirinya banyak perkara terutamanya sentiasa bersyukur dalam kehidupan dan erti kesabaran.


Disiarkan pada: Januari 6, 2023 @ 11:44am






sumber





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2023 06:01 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.076325 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list