CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 3

Rayuan Kes Rasuah Hibrid Solar Rosmah Mansor Dijadualkan Semula 11 Julai

[Copy link]
Post time 6-1-2023 02:57 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Pendengaran rayuan Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Rayuan terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek hibrid solar untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dijadualkan semula pada 11 Julai depan.


Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mohd Khairi Haron menetapkan empat hari dari 11 hingga 14 Julai untuk mendengar rayuan itu semasa pengurusan kes hari ini.


Prosiding itu dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Deepa Nair Thevaharan mewakili pendakwaan manakala Rosmah diwakili peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader.




Foto: Harian Metro




Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn, yang mengesahkan tarikh itu kepada media berkata tarikh pendengaran rayuan pada 22 dan 23 Jun yang sebelum ini ditetapkan pada 19 Disember lalu, sudah dilapangkan.


Beliau berkata, pihak-pihak dalam rayuan itu diarahkan untuk memfailkan penghujahan masing-masing pada 9 Jun dan penghujahan balas pada 23 Jun.


Pengurusan kes akhir bagi rayuan itu ditetapkan pada 4 Julai, kata Poh.


Pada 1 September tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.


Rosmah, 71, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.


Bagaimanapun, Rosmah, hanya akan menjalani hukuman penjara 10 tahun kerana Hakim Mohamed Zaini Mazlan memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak. Beliau juga didenda RM970 juta atau penjara 10 tahun.


Beliau dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd.


Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan.


Rosmah turut merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya supaya Mohamed Zaini menarik diri daripada mendengar dan membuat keputusan dalam kesnya itu.


Dalam penghakimannya, Hakim Mohamed Zaini memutuskan pembelaan Rosmah hanyalah penafian dan RM6.5 juta itu memang untuknya dan beliau menerima wang itu di kediamannya di Jalan Langgak Duta dan Seri Perdana. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2023 03:28 PM | Show all posts
kesiannn ...wig pun senget2 jahh... ehehehehe! meols pernah ada acara di putrajaya dulu, masa rehearsal kat seri perdana, sheols baru lepas habis main badminton, singgah dewan meols ngan kekawan dia... ya ampun.. takottt ye rupanya rambut sheols sikit je nipis je secoet ikat bunjut kat atas...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2023 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Supo mak lampir dah..pitih tkde nak repair muke..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2023 04:55 PM | Show all posts
EraPajura replied at 6-1-2023 03:44 PM
Supo mak lampir dah..pitih tkde nak repair muke..

tak baik hang cakap lagu tu, baik bawa bertobat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-3-2025 05:02 AM GMT+8 , Processed in 0.249843 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list