CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 256|Reply: 0

[Perlis] Pengendali makanan, minuman di Perlis wajib pakai pelitup muka

[Copy link]
Post time 5-1-2023 04:50 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kangar: Semua pengusaha, penyelia, pekerja dan pengendali kedai makanan dan minuman di negeri Perlis diwajibkan untuk memakai pelitup muka ketika pengoperasian perniagaan berikutan penularan varian baru Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, kerajaan negeri mengikuti dan memantau perkembangan terbaru berkenaan penularan wabak Covid-19.

"Hal ini berlaku berikutan terdapat pelancong asing dari China yang membawa varian baharu dan dikesan sudah berada di Malaysia.

"Sehubungan dengan itu, kita turut mengambil beberapa langkah pencegahan untuk kita bersama-sama mengambil panduan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 yang baharu ini.

"Yang pertama adalah semua pengusaha, penyelia, pekerja dan pengendali kedai makanan dan minuman di negeri ini diwajibkan untuk memakai pelitup muka ketika pengoperasian perniagaan," katanya melalui kenyataan media.

Katanya, dalam masa sama juga orang awam turut digalakkan memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam atau tempat sesak.

"Kedua pula adalah orang awam digalakkan juga supaya sentiasa mencuci tangan dengan bersih atau mengamalkan kembali penggunaan pensanitasi tangan ketika atau selepas berurusan di tempat awam.

"Kita (kerajaan negeri) prihatin terhadap situasi rakyat yang berhadapan dengan kesusahan dan cabaran ketika penularan wabak ini dahulu.

"Malah, penularan varian baru Covid-19 ini turut membawa kepada satu kes kematian," katanya.

Mohd Shukri berkata, sebanyak 38,540 kematian dicatatkan di seluruh Malaysia sejak pandemik ini melanda.

Beliau berharap masyarakat Perlis sentiasa peka serta dalam keadaan berjaga-jaga supaya wabak ini tidak menular terutama di negeri itu.

Setakat semalam, Perlis hanya mencatatkan satu sahaja kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 18,926 kes sejak penularan Covid-19 dilaporkan berlaku di negara ini tiga tahun lalu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -pakai-pelitup-muka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.182787 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list