View: 1922|Reply: 24
|
[Tempatan]
Dunia pandang bangunan Malaysia
[Copy link]
|
|
Dunia pandang bangunan Malaysia
https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... -bangunan-malaysia/
Oleh MUHAMAD ADHAM SHADAN
5 Januari 2023, 9:00 am
Gambar hiasan
Tiga hari sebelum 2022 melabuhkan tirainya, agensi berita antarabangsa CNN telah menyenaraikan bangunan-bangunan yang diramal akan mengubah dunia pada tahun 2023. Salah satu yang disenaraikan dalam artikel The New Buldings Set To Shape the World in 2023 itu ialah bangunan Merdeka 118 di Malaysia.
Melihat imej pencakar langit itu yang menjadi salah satu thumbnail artikel tersebut membuatkan penulis agak meremang memandangkan mercu itu bukan saja bangunan kedua tertinggi dunia, bahkan simbolik binaannya yang dikaitkan kemerdekaan tanah air.
Reka bentuk bangunan diinspirasikan daripada Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra yang mengangkat tangan semasa melaungkan ‘merdeka’ pada 1957 itu bakal siap pada separuh kedua 2023.
Pada ketinggian 679 meter (m) ia salah satu daripada cuma empat pencakar langit bertaraf megatall (ketinggian lebih 600 meter) di dunia. Bangunan ini bagaimanapun kedua tertinggi selepas bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang berketinggian 828 meter.
Sehari sebelum itu, Malaysia digemparkan dengan dakwaan kemunculan satu pasangan Russia yang berada di puncak Merdeka 118 sehingga ramai netizen mengecam dan mempersoalkan perbuatan menceroboh.
Menerusi laporan media, pasangan itu, Ivan Beerkus dan Angela Nikolau menyifatkan, ia bangunan terindah yang pernah dikunjungi setakat ini dan Kuala Lumpur bandar raya yang menakjubkan.
“Satu penghormatan untuk saya berada di sana, saya telah mengimpikannya sejak sekian lama!” kata Nikolau. Kini, pasangan itu dalam siasatan pihak polis.
Apa yang pasti, gelagat pasangan itu amat berbeza dengan reaksi rakyat Malaysia sendiri. Jika mereka sangat mengagumi bangunan itu, rakyat negara ini pula dilaporkan memandang sepi Merdeka 118.
Bahkan, semasa perasmian pembinaannya pada Disember 2021, netizen tidak mengalu-alukan pembinaannya sehingga banyak portal melaporkan Netizen Tak Bangga Dengan Menara Kedua Tertinggi Dunia. Ironinya kini, semua pandang dan mengambil berat pula ya?
Malaysia dan pencakar langit boleh dikatakan satu yang sinonim. Malaysia merupakan negara keenam yang memiliki bangunan-bangunan pencakar langit (150 meter ke atas) terbanyak di dunia selepas China, Amerika Syarikat, UAE, Korea Selatan dan Jepun.
Di Asia Tenggara, menurut ASEAN Skyline, Malaysia miliki bilangan pencakar langit di kedudukan No. 1 dengan 262 buah, diikuti Indonesia (128) dan Thailand (124), Filipina (120) dan Singapura (96).
“Saya dari Filipina. Saya berbangga dengan Malaysia kerana ia menunjukkan kepada dunia sebagai salah satu kawasan paling membangun di ASEAN. Negara saya tidak sekaya Malaysia, tetapi kaya dengan budaya yang turut menyumbang kepada kepelbagaian rantau ASEAN,” kata seorang netizen fugak-han0072 di salah satu video YouTube berkenaan bangunan Malaysia.
Moga-moga dengan adanya mercu-mercu yang tinggi sebegini, dunia memandang tinggi bangsa Malaysia, menyedarkan rakyat Malaysia bahawa negara ini adalah negara membangun dan mengingatkan ahli-ahli politik bahawa negara ini perlu terus dibangunkan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat Msia semua tak ambik kesah
yg dikesahkan bina kuil haram dan kawal harga babi |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan... kalau tengok citer korea 'the tower' sebijik macma KLCC .... takut gak kalau jadi ala ala macam tu .... choi... a'uzubillahiminzaliq |
|
|
|
|
|
|
|
bangunan tinggi vs gaji rendah.......kagum amendenya??? |
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan je berkilat… tepi2 gerai zink karat.. berkulat. Tong sampah pun x cukup bila lepas hujung minggu sampah mcm kat downtown Bangladesh dek |
|
|
|
|
|
|
|
rkyat tak pandang pun sebab bukan benda tu boleh turunkan harga ayam. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah...aku suka construction2 ni...selalu lepak kat forum ************ tengok perkembangan PNB dan lain2 construction...best!
tahniah malaysia mempunyai bangunan no. 2 tertinggi di dunia...petronas towers bangunan berkembar tertinggi di dunia...dua2 bangunan kerajaan...bravo |
|
|
|
|
|
|
|
Travelo replied at 5-1-2023 10:38 AM
tahniah...aku suka construction2 ni...selalu lepak kat forum ************ tengok perkembangan PNB da ...
Bangunan kwsp kat london, company epal yang menyewa... tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa bangunan batter sea power station pun milik kita kat london...yeah
|
|
|
|
|
|
|
|
So...kena cakap tq Najib Razak jasamu dikenang la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
puterikhaleeda replied at 5-1-2023 09:33 AM
tapi kan... kalau tengok citer korea 'the tower' sebijik macma KLCC .... takut gak kalau jadi ala al ...
Nape ngan citer tu? Bole citer sikit |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 5-1-2023 10:19 PM
So...kena cakap tq Najib Razak jasamu dikenang la kan?
Of course. Cc @rashiman @kemaruk |
|
|
|
|
|
|
|
Iols wonder mcm mana nk bersihkan dan lap cermin2 bangunan ni ngan design dia mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ada content yg kata bentuk bangunan ni mcm lambang FCUK dr jauh... Hahaha.. Nasib baik finger tu tepi |
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan tu blh bagi faedah ke pada Marhaennn? |
|
|
|
|
|
|
|
I saw this one facebook post that reads , macam middle finger shown to all of you yang pegi balik keja jem2 tak dapat pape. Life balance semua kelaut |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa aku tak kagum dengan bangunan kedua tertinggi di dunia. adakah aku ada penyakit hati. aku lebih suka kalau jalan raya seluruh malaysia ni terbaik di dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
KL ni bangunan je tertinggi,terbesar etc tapi tetap kalah dgn singapura dlm serba serbi |
|
|
|
|
|
|
| |
|