View: 1644|Reply: 24
|
BNM Ada Kuasa Naikkan OPR Tanpa Campur Tangan Kerajaan
[Copy link]
|
|
Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai hak dan kuasa dalam membuat keputusan berkaitan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa perlu campur tangan kerajaan bagi memastikan kestabilan ekonomi negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hak dan kuasa itu telah diberi pengkhususan seperti yang termaktub dalam peraturan dan undang-undang negara ini.
“Perubahan berhubung OPR adalah keputusan Bank Negara (Malaysia) dan bukan Kementerian Kewangan. Kalau nak bincang, saya boleh bincang. Tetapi itu adalah ‘wenang’ (hak untuk berbuat sesuatu) BNM,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan berhubung impak dan tindakan oleh Kementerian Kewangan susulan jangkaan kenaikan OPR sebanyak dua kali oleh BNM.
OPR mewakili kadar faedah minimum dikenakan dalam kalangan bank bagi pinjaman antara bank yang ditetapkan oleh BNM bertujuan mengawal bekalan wang dan mempengaruhi hala tuju ekonomi negara.
Kadar faedah kepada pinjaman orang awam akan terkesan sama apabila kadar faedah pinjaman wang antara bank terkesan kerana bank mengalihkan kos pinjaman lebih tinggi kepada pengguna menerusi kenaikan kadar faedah.
Kata Anwar, BNM diberi mandat untuk mempromosi kestabilan monetari dan kewangan yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan.
Mengulas lanjut, katanya, satu perbincangan bersama membabitkan Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus dan Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli akan dilakukan sebelum merangka Belanjawan 2023.
“Saya undang Gabenor Bank Negara (Malaysia) dan Menteri Ekonomi untuk berbincang sekali. Saya ingat pendekatan ini yang saya pernah lakukan dulu. Saya tidak asing, kerana tindakan mana-mana pihak itu akan juga melibatkan dasar ekonomi keseluruhannya,” katanya.
Anwar dijadual membentang Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini pada Sidang Pertama Parlimen ke-15.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by terma2nkondisi2 at 5-1-2023 12:33 AM
jgn campur tangan.. boleh gedebuk jatuh ringgit nanti
ringgit sekarang ni ok je.. kekuatan dolar u.s. dah mula menyusut.. yg penting sekarang ni kerajaan perlu tekad dan komited bantu golongan memerlukan melalui dasar2 fiskal yg mantap dan apa jua tindakan yg boleh dilakukan utk jangka masa pendek dan panjang |
|
|
|
|
|
|
|
japrul dulu kena hantam kaw2 juga la pasal opr ni
tapi takpa pasal japrul ni power.. tukar kerajaan tukar pm, dia tetap pegang jawatan menteri |
|
|
|
|
|
|
|
Tuhari aii sembang2 dgn staff bank masa bawak staff utk bukak account diorang cakap opr ni naik sbb masak pkp tuhari ada bg pengurangan bayaq loan..kira skg ni diorang nak dapatkan balik pengurangan bayaran balik + interested tu..tu yg naikkan opr. Sbb aii ada tanya fixed rate ada efek apa tak..katanya kalau xdak ambik moratorium tu xdak efek pa..ni sapa yg ambik moratorium + ada pengurangan bayaran masa pkp tuhari mmg terasa sgt wei payment sbb diorang kira skg dgn interested. Gitu la yg aii faham dari staff tu explain. Kalau aii salah uols betulkan la |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kata menteri kewangan bangang dan bengap pasal tak control opr ni...
Rupanya menteri kewangan sekarang pun sama bangang dan bengap jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak ok jah OPR naik sampai 33 kali ganda sekali pun dekkk.
Inilah masa nak ajarin golongan yang buat loan ASB apa ke bangang la kau berhutang dengan bank untuk melabur saham dek??
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 5-1-2023 06:16 AM
Tuhari aii sembang2 dgn staff bank masa bawak staff utk bukak account diorang cakap opr ni naik sbb ...
not related. OPR naik sbb FEDERAL RESERVED kt US naikkan kadar faedah.. |
|
|
|
|
|
|
|
kah.. kah...kah...kah...kah...
Dulu masa jadi pembangkang,, teruk tengku zafrul kena hentam sebab tak boleh kawal kenaikan OPR.. kata nak jaga bank lah.. tak nak jaga peminjam.. siap cakap lagi tengku zafrul bangang..
Sekarang ni dh jadi menteri kewangan.. apa cerita.. kawal lah kenaikan OPR tu....
https://www.youtube.com/watch?v=QX6Cw6Wa0c8
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini semua salah menteri kewangan
Jangan libatkan pmx |
|
|
|
|
|
|
|
Malu2 pulak macai bodoh ph nak masuk sini ya |
|
|
|
|
|
|
|
Really? Ok.
Pendidikan/Kesihatan perlu kuaaa veto juga ini macam. |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 replied at 5-1-2023 10:44 AM
Perkara inilah yang menjadi petunjuk bahawa PMX hilang hala tuju
Salah satu yer..
Berdegar2 cakap masa jadi pembangang
Sekarang.. nahhh
Merasa la .. memang muka setebal kulit gajah ape ntah |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cam ummah bodoh dengan ummah bijak dia ada satu cara jah sister. Kalau dia buat loan ASB, sah dia bangang dek. |
|
|
|
|
|
|
|
orkid_amani replied at 5-1-2023 06:16 AM
Tuhari aii sembang2 dgn staff bank masa bawak staff utk bukak account diorang cakap opr ni naik sbb ...
Astaga bodohnya staff bank awak bercakap Tu
Sembang Kari kedai kopi matang SG dua punya level |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 5-1-2023 12:53 PM
Ini semua salah menteri kewangan
Jangan libatkan pmx
Sepatutnya menteri kewangan bincang dulu dgn pmx melalui mp tambun....kekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Azharitubunga replied at 5-1-2023 08:59 PM
Perkara inilah yang menjadi petunjuk bahawa PMX hilang hala tuju
Salah satu yer..
#rinduanwarketuapembangkang |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 5-1-2023 09:25 PM
Nak cam ummah bodoh dengan ummah bijak dia ada satu cara jah sister. Kalau dia buat loan ASB, sah di ...
Aku tak buat loan asb. Divident tak ambil tp labur balik. Lama2 membukit jugak duit aku. |
|
|
|
|
|
|
|
zamzam replied at 5-1-2023 09:39 PM
Aku tak buat loan asb. Divident tak ambil tp labur balik. Lama2 membukit jugak duit aku.
Tahniah sisthur. |
|
|
|
|
|
|
|
pooh~key replied at 5-1-2023 09:25 PM
Nak cam ummah bodoh dengan ummah bijak dia ada satu cara jah sister. Kalau dia buat loan ASB, sah di ...
Blh uraikn x sis knp org yg bt loan sis ckp bodoh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|