CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 912|Reply: 6

Jepun Tawar Ganjaran Supaya Penduduk Keluar Dari Tokyo

[Copy link]
Post time 4-1-2023 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Jepun membuat tawaran kepada keluarga sehingga £6,394 bagi setiap kanak-kanak untuk berpindah dari Tokyo sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengatasi tumpuan penduduk di ibu negaranya.


Jepun merancang untuk meningkatkan sokongan kewangan kepada isi rumah yang sanggup berpindah dari ibu negara ke kawasan lain yang mempunyai kurang penduduk, menurut laporan beberapa media tempatan.




Gambar hiasan




Keluarga yang layak di kawasan metropolitan Tokyo akan dapat menerima satu juta yen (RM33,776) bagi setiap kanak-kanak mulai tahun fiskal 2023 jika berpindah ke kawasan yang kurang maju, lebih tiga kali ganda berbanding insentif 300,000 yen (RM10,129) yang sedia ada.


Insentif kewangan itu menunjukkan cabaran yang dihadapi Jepun berikutan kadar kelahiran rendah dan jangka hayat yang panjang mencetuskan ketidakseimbangan.


Kawasan luar bandar menyaksikan pengurangan penduduk yang ketara apabila golongan muda berpindah untuk mendapatkan peluang di bandar, menjadikan kawasan itu dipenuhi dengan rumah kosong dan berdepan dengan hasil cukai yang semakin berkurangan.


Sokongan yang meningkat untuk kanak-kanak diletakkan di tempat teratas di mana rata-rata satu juta yen yang boleh diperoleh oleh keluarga untuk berpindah.


Insentif tambahan bagi kanak-kanak itu adalah berasingan daripada jumlah sejuta yen yang layak diterima keluarga yang sedia berpindah.


Ini bermakna, di bawah cadangan baharu itu, isi rumah yang mempunyai dua anak boleh mendapat tiga juta yen (RM101,300) jika mereka meninggalkan kawasan Tokyo.


Kerajaan Jepun memulakan inisiatif untuk menarik orang ramai ke rantau di luar datipada pusat bandar pada 2019, membenarkan isi rumah yang tinggal di kawasan metropolitan pusat Tokyo selama lima tahun untuk memohon dana sokongan jika mereka berpindah.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala bestnya..aku memang nak cari tanah kawasan kampung2 especially kawasan dusun2. Kalau aku dapat tawaran ni grab aje.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapporo lawa gilesss
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 4-1-2023 02:13 PM
Ala bestnya..aku memang nak cari tanah kawasan kampung2 especially kawasan dusun2. Kalau aku dapat t ...

Kawasan hulu2 ni kalau utk retirement plan ok.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau anak muda Jepun minat pertanian, berbaloi la pindah duk kampung
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 4-1-2023 02:13 PM
Ala bestnya..aku memang nak cari tanah kawasan kampung2 especially kawasan dusun2. Kalau aku dapat t ...

Ikut macam mamat ni.



Update setahun kemudian:

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2023 07:50 AM | Show all posts
aku mmg akan grab, duduk kat kampung, hirup udara segar, tak bising dan senang nak pergi surau beribadah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.992349 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list