CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 468|Reply: 2

Berlawan Dengan AS, China Mahu Menguasai Lokasi Paling Kaya Sumber Di Permukaan Bulan

[Copy link]
Post time 4-1-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON - 'China mungkin cuba untuk menguasai lokasi paling kaya sumber di permukaan bulan jika ia memenangi 'persaingan' dengan Amerika Syarikat (AS)'.


Amaran itu diberikan pentadbir Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Bill Nelson menerusi wawancara bersama Politico pada Ahad.




Foto: AFP




"Hal ini adalah fakta kerana kita sedang berada dalam perlumbaan ke angkasa lepas. Kita perlu sentiasa berhati-hati dengan muslihat China yang berselindung di sebalik penyelidikan saintifik seperti didakwa mereka.


"Siapa tahu Beijing nanti boleh berkata, dilarang masuk, kawasan kutub selatan di permukaan bulan ini adalah 'wilayah' kami. Jika anda tidak percaya lihat apa yang berlaku pada pertikaian multilateral di Laut China Selatan.


"Beijing sewenang-wenangnya membina pangkalan tentera di pulau buatan yang menjadi tuntutan banyak negara," katanya.


Pada 2019, China menjadi negara pertama yang melakukan pendaratan lembut di bahagian jauh bulan di bawah misi robotik, Chang'e 4.


Ia turut berjaya mengumpulkan sampel dan dibawa pulang ke bumi.


Sebelum ini, Beijing pernah menyuarakan hasrat untuk menempatkan manusia di bulan sebelum 2030 dan membina stesen penyelidikan saintifik di sana. -CARI


Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Issue race ke moon bukan diantara china dan USA saja russia.. India.. Israel..dan few negara lain juga race ke bulan... Paling valueable untuk mining helium 3... Untuk future nuclear fuel/power plant ... Di sana banyak helium 3 di banding kan di bumi 0.0001%...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2023 07:58 AM | Show all posts
lantak kome la. mlysia tak nak lawan juga ke kehkeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.036229 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list